Kuswadinata Semakin Tenat, Doakan Beliau Cepat Sembuh

Hiburan

Kuswadinata Semakin Tenat, Doakan Beliau Cepat Sembuh

Sedih sungguh Abang Nara membaca perkembangan terkini mengenai Seniman Kuswadinata di Mstar Online hari ini. Beliau kini sedang berada di dalam keadaan tenat akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

kuswadinata tenat

Advertisement

Yang paling menyedihkan ialah apabila doktor mengesahkan yang Kuswadinata sudah tiada harapan untuk hidup lagi. Namun kuasa Allah siapa yang tahu. Sama-samalah kita doakan agar keajaiban boleh berlaku. Menurut anak Kuswadinata, jantung ayahnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. Katanya:-

Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan.

kuswadinata tenat
Bagi Abang Nara, Kuswadinata ialah seorang pelakon lagenda di Malaysia ini. Sama-samalah kita doakan agar keadaan Kuswadinata yang berusia 74 tahun akan bertambah baik. Amin ~~

P.S: Sepupu Neelofa buat video?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

46 Comments

  1. entah la

    October 17, 2012 at 1:50 pm

    saya doakan semoga penyakitnye dikurangkan…sdh mendgrnye teringat sewaktu arwah ayah sy skt dl…doc kate esok dijangkakan arwah ayah sy meninggal…luluh jantung mendengarnye…tp arwah ayah sempat berlawak lg ktnye kalo dia mati sy dpt la bpk tiri br yg kaya…n lg baik dr dia…menangis kami adik beradik mendengarnye…tekaan doc tepat pg esoknye slps subuh arwah ayah menghembuskan nafasnye tanpa kami adik beradik…10 mnt lps tu br kami sampai…bl tgk arwah ayah dah meninggal ters nyawa rs mcm direntap…sape2 yg msh ada ayah tu tunjuk la ksh syg anda…dengar la nasihat mereka…sedihnye…

  2. siti maznah

    October 17, 2012 at 1:23 pm

    Didoakan agar Uncle Kuswadinata dipanjangkan umo n sihat walafiat.Utk keluarga uncle,jgan percaya apa yg doktor katakan tu sbb Allah s.w.t tu lebih berkuasa utk menentukan ajal maut seseorang hambaNya itu..Sebagai ank,masa ni lah utk bls budi mak bapak yg tlh melahirkan dan membesarkan kita.

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer

      October 17, 2012 at 10:48 pm

      doc suka sangatttttttt la cakap dh tkde harapan pesal ???????????? kala ye pon dg tkde harapan diam2 sudah lah !!!!!! kalau orang yg sakit tu dengar mesti dia sedih kan !!!!!!!!! keluarga dia pon sedih jugak !!!!!!! usaha lah kasi orang yg sakit tu semoga dia baik !!!!! ni tak tkde harapan tkde harapan sape yg tk takot n sedih bila doc dh cakap cangitu tol tak !!!!!!!!!!!!!

    • Doktor

      October 18, 2012 at 7:23 am

      Ko ni memang tak penah pegi hospital ataupun tahu hospital cuma melalui drama tv kan? Doktor memang la kena cakap kalau dah takde harapan contohnya kalau kanser tu dah ke tahap tak boleh nak operate eg: kanser dah merebak ke bahagian2 badan yg lain. Kalau operate/dirawat dgn cara lain pun akan memudaratkan lagi banyak. Dengan cara bgtau takde harapan, dapatlah sanak saudara kumpulkan family, lunaskan hutang piutang tertunggak, malah ada pesakit pilih nak keluar hospital utk balik rumah dan memilih untuk jalani hidup yg berkualiti di rumah bersama anak cucu daripada duduk hospital kena cucuk day in day out. Itulah tujuannya doktor ckp takde harapan, untuk tidak memberi harapan palsu dan pesakit serta keluarga boleh bersedia.

  3. Bard Hussain

    October 17, 2012 at 12:54 pm

    Baru semalam mendengar tazkirah di Radio IKIM (antaranya): Apabila menerima berita atau melihat penderitaan/kesusahan sebut lah “Allahumma Anta Salam Waminka As-Salam”. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan yg mendengar atau yg melihat berita itu. Semoga Seniman Kuswadinata sihat dgn kehendak Allah swt

  4. Anonymous

    October 17, 2012 at 12:32 pm

    semoga cepat sembuh n di berikan kesihatan oleh-Nya….

  5. nond

    October 17, 2012 at 12:29 pm

    quote dari mstar..:-p

Loading...