October 17th, 2012

Sedih sungguh Abang Nara membaca perkembangan terkini mengenai Seniman Kuswadinata di Mstar Online hari ini. Beliau kini sedang berada di dalam keadaan tenat akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

kuswadinata tenat

Yang paling menyedihkan ialah apabila doktor mengesahkan yang Kuswadinata sudah tiada harapan untuk hidup lagi. Namun kuasa Allah siapa yang tahu. Sama-samalah kita doakan agar keajaiban boleh berlaku. Menurut anak Kuswadinata, jantung ayahnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. Katanya:-

Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan.

kuswadinata tenat
Bagi Abang Nara, Kuswadinata ialah seorang pelakon lagenda di Malaysia ini. Sama-samalah kita doakan agar keadaan Kuswadinata yang berusia 74 tahun akan bertambah baik. Amin ~~

P.S: Sepupu Neelofa buat video?


46 responses to “Kuswadinata Semakin Tenat, Doakan Beliau Cepat Sembuh”

  1. anisah says:

    sedih mendgr berita ni..saya bru umur 20 thn tp sgt suka dgn lakonan Uncle Kus dr zaman P.Ramlee sampai skrg.. Saya doakn Uncle Kus cpt sembuh,dipanjagkn umur, dimurahkn rezeki di dunia dan akhirat dan buat Uncle Kus n family semoga tabah menghadapi dugaan dr Allah.. Amin..

  2. ani says:

    dh lme saya x komen kt blog ni..tergerak hati saya utk bg komen kt sini sbb saya suka sgt tgk uncle Kus berlakon dr zaman citer P.Ramlee sampai la skrg..saya org muda umur dlm 20 pun kire fan Uncle Kus la..Sedih saya bile tau Uncle Kus sakit ari tu. Saya doakn Uncle Kus cepat sembuh ,dipanjangkn usia dan semoga beliau dan keluarga tabah meghadapi dugaan dr Allah. Amin..

  3. lia says:

    sayu hati melihat beliau.. teringat atuk yg dah uzur di kampung.. semoga kuswadinata dan atuk ku dipanjangkan umur dan disembuhkan segala penyakit.. amin..

  4. Madu aku says:

    Bukan org lain, madu kau juga..
    Kenapa org mcm seniman kus ni x diberikan anugerah??

    • yaya says:

      kebanyakan artis2 klu dh meninggal baru nak dpt anugerah la, pangkat datuk la..

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

      jangan pikir pangkat datuk ke datuk sri ke buat masa ni mari kite doa kan kesehatan pak kus semoga allah semboh kn penyakit pak kus semoga pak kus cepat semboh dn boleh bersama keluarga amin…

Loading...