Kurus Sebab Ambil Bahan Terlarang? Dafi Akhirnya Beri Respon – “Saya Pun Tak Sedar…..”

Hiburan

Kurus Sebab Ambil Bahan Terlarang? Dafi Akhirnya Beri Respon – “Saya Pun Tak Sedar…..”

Penyanyi dan pelakon Dafi memilih untuk tidak berkecil hati dengan dakwaan liar yang mengaitkan penurunan berat badannya dengan penggunaan bahan terlarang. Sebaliknya, dia menganggap komen tersebut sebagai teguran penuh keprihatinan daripada netizen.

“Terima kasih kepada yang bercakap,” kata Dafi, atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri Yaakob, ketika diminta mengulas komen netizen mengenai perubahan fizikalnya.

Advertisement

Menurutnya, dia menerima setiap teguran dengan hati terbuka kerana percaya niat warganet hanyalah kerana risaukan keadaannya.

Yang bercakap itu sebenarnya risaukan keadaan saya. Sebab itu saya tidak terasa hati apabila dituduh guna dadah. Malah saya berterima kasih. Mereka seperti memberi teguran… menyedarkan yang fizikal saya memang nampak terlalu kurus.

Dafi mengakui dia sendiri tidak menyedari tubuhnya menyusut secara tidak sihat akibat terlalu ekstrem mengawal pemakanan  sesuatu yang lahir daripada trauma dibuli ketika zaman kecil.

Berat badan saya pernah mencecah 97 kilogram. Disebabkan berbadan besar, saya pernah teruk dihina. Pengalaman itu membuatkan saya paranoid sampai sekarang.

Katanya lagi, pernah satu ketika dia mencampurkan 10 biji pil kurus berbeza demi menurunkan berat badan, sebelum akhirnya sedar tindakan itu membahayakan kesihatan.

Tidak lama sebelum ini, saya sekali lagi membahayakan diri, terlalu mengawal pemakanan sampaikan saya tak sedar berat turun secara tidak sihat.

Dalam masa sama, Dafi turut menafikan dakwaan kononnya perubahan tubuhnya berpunca daripada ‘buatan orang’.

Saya pernah kena buatan orang beberapa tahun lepas, tapi tidaklah buat badan saya kurus. Hanya menjadikan saya malas dan asyik tidur.

Dafi menegaskan bahawa penurunan berat badannya sebelum ini semata-mata berpunca daripada pemakanan yang terlalu ketat, dan bukan kerana perkara mistik mahupun bahan terlarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lufya omar
2025-11-27 09:16:06

"Semua Akan Ditanggung Di Akhirat Kelak.." - Lufya Omar Tarik Kes Tuntutan Nafkah Anak Terhadap Dr Che Hafiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...