August 21st, 2020

Agak sudah lama tidak lihat kemunculan salah seorang daripada kumpulan Ruffedge, Cat Farish dalam pentas hiburan di Malaysia.

Namun, kemunculannya baru-baru ini dengan penampilan yang berbeza telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Cat Farish atau nama sebenarnya, Farrish Zaquan Ramli, 46, kini kelihatan lebih kurus daripada penampilannya yang terdahulu. Justeru, ada segelintir peminat membuat spekulasi bahawa Cat Farish sedang sakit dan tidak sihat.

Namun ketika ditemui, Cat Farish berkata dia tidak pernah berkecil hati dengan tanggapan orang dan menjelaskan dia berasa lebih sihat jika dibandingkan dengan keadaan sebelum ini.

View this post on Instagram

Bila dah boleh beli barang sales kat zara… pakai apa pun asyukkkk Henkesem rasanya… mood puji diri sendiri… Ok kan???

A post shared by PPJHT (@catfarish) on

“Bila kurus orang cakap sakit, gemuk pun orang cakap juga. Kadang-kadang ada yang cakap nampak lebih tua..itu dan ini. Suka hati mereka la nak cakap apa sebab yang penting saya buat semua ini untuk sihat dan fit supaya boleh jaga keluarga. Tak pernah rasa kecil hati atau apa apa sebab mereka tak tahu. Tapi kadang-kadang saya suka perli balik. Mereka tak tahu pun semua ni hasil daripada usaha saya..”

Sebelum ini, Cat Farish telah berkongsi foto dirinya tampil lebih kurus di Instagram gara-gara menjalani pembedahan bariatrik iaitu Sleeve Gastrectomy yang melibatkan pemotongan usus perut sehingga 70 hingga 80 peratus pada November 2019 yang lalu.

View this post on Instagram

Abg mahu yang mana….

A post shared by PPJHT (@catfarish) on

View this post on Instagram

@yolo_malaysia 19 july 2020 8pm Details click info link kat dio

A post shared by PPJHT (@catfarish) on

 Hasil daripada pembedahan itu, penyanyi lagu Rimas ini memberitahu berat badannya kini hanya 75 kilogram berbanding 103 kilogram pada tahun lalu.

Dia yang menjalani prosedur Bariatrik itu adalah disebabkan saranan doktor ketika menjalani pemeriksaan kesihatan pada tahun lepas.

“Saya ada macam-macam masalah kesihatan termasuk diabetes, mudah tidur serta semput. Saluran pernafasan jadi sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen. Masalah pernafasan itu buat saya banyak makan dan doktor telah menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan Bariatrik,”

Menurutnya lagi, selesai sahaja menjalani prosedur pembedahan itu, Cat Farish telah mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan dan menolak pengambilan gula dalam pemakanan sehariannya.

Sumber : mStar Online


One response to ““Kurus Orang Cakap Sakit, Nampak Tua,” – Cat Farish Muncul Dengan Penampilan Terbaru, Tak Peduli Mulut Orang”

  1. aku ka says:

    mmg kurus bethol. he looks so different

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...