Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kurus Bukan Sebab Potong Usus..” Ika Nabella Kongsi Pengalaman Bantu Suami Kuruskan Badan

Pelakon Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim,31, berkata dia menganggap dirinya insan yang paling banyak memberi sokongan kepada suaminya dalam usaha untuk menguruskan berat badan.

Dia turut memberitahu bahawa segala kejayaan yang dicapai adalah daripada hasil mengamalkan gaya hidup sihat ketika bersama-salam dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Advertisement

Dalam nada gurauan, Ika memberitahu bahawa suaminya, Muhammad Zaid Aznam tidak menjalani pembedahan potong usus hanya semata-mata untuk kurus. Dalam pada itu, Ika menjelaskan rutin senaman seperti berlari sekitar 10 hingga 13 kilometer sehari dan juga berbasikal masih diamalkan sehingga kini.

“Saya cuba memberikan sokongan kepada suami untuk turunkan berat badan. Alhamdullilah, rutin ini kekal sampai sekarang dan saya gembira jadi penyokong nombor satu suami. Apa yang penting, bukan kurus sebab potong usus tau..”

Dalam pada itu, dia turut mengimbas kembali segala kata cacian yang dilemparkan netizen di atas rupa bentuk fizikal suaminya itu.

View this post on Instagram

My little family ? Ayah, Mommy & our baby Noah Zayn . And we practise natural & healthy lifestyle!

A post shared by meet – MAMIKA (@ikanabella) on

Malah, ada yang menuduh dia menjadi isteri kedua kepada Zaid meskipun suaminya itu gempal semata-mata kerana duit. Tetapi menurut Ika, dia tidak melihat suaminya pada awal perkenalan sebagai seorang yang bertubuh besar dan berseloroh mengatakan bahawa itu semua kerana cinta yang menjadikan dirinya ‘buta’.

“Bila teringatkan balik dan selak foto-foto lama, saya terfikir, memanglah suami aku ni gemuk. Jujurnya pada waktu itu saya tak nampak dia bertubuh besar. Sekarang bila beratnya turun daripada 100 kg kepada 70 kg, baru tahu dia dah kurus. Beza sungguh penampilannya dulu dan sekarang,”

 

Advertisement

Mengimbas kembali, Ika Nabella dan Zaid telah selamat mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah menimang seorang anak lelaki, Muhammd Noah Zayn pada 23 Oktober 2019 yang lalu.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. suzy

    September 22, 2020 at 8:15 am

    ika aku rse xde org sebok psl ko lah. knp?? ade org sebok2 hal ko ke..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top