Seorang lelaki bernama Neman Salim, sedang dicari kerana mengurung dan membelasah seorang remaja perempuan sehingga menerima jahitan di kepala.
Mangsa dikatakan telah dikurung di salah sebuah rumah di Taman Sri Skudai, Skudai, Johor.
Suspek juga dikatakan telah menggunakan motosikal milik ayah mangsa yang bernombor plat JKG 3110 untuk tujuan salah.
Abang mangsa telah membuat laporan polis di Nusa Jaya kira-kira pukul 8.15 pagi tadi. Beliau memberitahu polis bahawa Neman ingin menjual adiknya atau membunuh salah seorang ahli keluarganya.
Rata-rata Netizen berang dengan Neman yang bersikap seperti pengecut kerana memukul seorang gadis. Kenal lelaki ini? Sila hubungi balai polis terdekat untuk menyalurkan maklumat. amazingnara.com
Sumber: <strong>Nurul Saiyidah