Kurta Hari Raya Tayang Lurah Dada Lelaki Dikecam Netizen

Trending

Kurta Hari Raya Tayang Lurah Dada Lelaki Dikecam Netizen

Setiap kali raya menjelma pada pereka fesyen pasti akan tampil dengan idea baru. Tahun ini tidak terkecuali dan seperi biasa, baju-baju raya seperti ini menerima reaksi kelakar Netizen.

Fesyen kurta di atas dikeluarkan oleh Instagram @messedupapparel dihentam netizen kerana bahagian leher pakaian itu agak luas dan mendedahkan lurah dada lelaki.

Advertisement

Kapsyen di Instagram menulis bahawa Kurta ini boleh dibeli untuk set pasangan bagi mendapatkan diskaun berganda.

Twitter @messedupapparel hanya memberi maklumbalas meminta agar netizen tidak menghalau tetamu yang memakai baju Kurta Rouh di pagi raya. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.