Kurangkan Sifat Malu, Wanita Perlu Bangkit & Tampil Lebih Yakin! Ini Antara Perkongsian Daripada Mereka Yang Berjaya!

Branded

Kurangkan Sifat Malu, Wanita Perlu Bangkit & Tampil Lebih Yakin! Ini Antara Perkongsian Daripada Mereka Yang Berjaya!

Siapa pernah dengar perkataan self-love? Perkara ini bukanlah senang untuk dibuat sebab sudah menjadi tabiat kita membandingkan diri dengan orang lain dan pengakhirannya akan membuatkan kita jadi insecure atau kurang keyakinan diri. 

Namun, self-love atau sayangi diri sendiri ni lebih mudah untuk dicapai kalau kita berada dalam kelompok yang betul, mempunyai dorongan yang positif serta inspirasi daripada wanita-wanita yang berjaya!

Jadi, sempena Hari Wanita Sedunia, kami ingin mengajak wanita di luar sana yang masih lagi terperangkap dalam dunia “insecurity” untuk bangkit dan pilih untuk utamakan kebahagian diri! Ini antara perkongsian khas untuk anda dari kami.

3 Wanita Kongsi Tiada Apa Yang Mustahil Untuk Capai Kebahagian Diri!

Sebelum tu, anda mesti sokong dengan kenyataan ‘hanya wanita saja yang boleh faham wanita’ kan? Well girls, we got your back!

Sempena Hari Wanita Sedunia, kami inginkan kongsikan tentang pengalaman 3 wanita Malaysia yang luar biasa iaitu:

– Sonya Danita Charles, seorang model, pengasas Vitiligo Association Malaysia serta merupakan seorang Aktivis Body Positivity yang meminati fesyen

– Xin Yu Lim, pengasas Asli Co yang membantu para ibu di luar sana untuk memperoleh kehidupan yang lebih mampan

– Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, juara Paracyclist Malaysia

Untuk pengetahuan, mereka berkongsi tentang definisi sebenar kecantikan serta antara cara untuk tampil lebih berani dengan diri sendiri tau. Fuhh, bestnya!

Nak tampil lebih yakin ni, mesti anda tertanya apakah rahsia untuk dapatkan kulit cantik, bentuk badan sempurna serta kesihatan berpanjangan supaya dapat lebih menyayangi diri sendiri betul tak? Haa, kalau anda nak tahu, jom kami kongsi tips untuk anda!

Watsons Sokong Usaha Wanita Bangkit Sayangi Diri Sendiri!

Sebagai tanda sokongan kepada wanita, Watsons tak melepaskan peluang dan hadir dengan beberapa tips untuk menggalakkan wanita tampil lebih yakin dan menyayangi diri sendiri. 

Serlahkan Keserian Kulit

Bila kita tengok wanita-wanita yang mempunyai kulit cantik dan bersih ni, mesti mereka selalu bawa sebotol air kosong ke mana saja betul tak? 

Haa, jadi kunci utama untuk dapatkan kulit yang cantik, sihat dan berseri ni adalah dengan sentiasa kekal hidrasi ya sister sekalian! Tak dilupakan juga, anda perlu makan semua buah-buahan yang mengandungi antioksidan supaya kulit kekal segar!

Bukan itu saja, anda juga perlu tahu dan kaji terlebih dahulu jenis kulit anda sebelum anda memilih bahan pencuci muka supaya mendapat kesan yang lebih glowing dan efektif! 

Watsons Super Sale

Selain itu, pengambilan suplemen pun amat digalakkan tau! Contohnya suplemen terbaik seperti NH Colla Plus Advance atau Alia White’N Colla+Gen ini memberikan anda  jalan penyelesaian terbaik untuk kulit yang cerah. Uish, bagusnya!

Paling penting, kulit lapisan luar pun perlu dijaga tau! Dengan minyak kulit BioOil, anda kini boleh dapat kulit yang lebih tegang, kesan parut mula pudar dan dapat membuatkan kulit kekal lembap. Fuhh, love betul tips jaga kulit ni!

Percaya Pada Keunikan Badan Tersendiri

Selain daripada menjaga keserian kulit wajah, antara perkara lain yang boleh meningkatkan tahap keyakinan anda adalah dengan menyerlahkan keunikan badan anda. Paling penting, kena lah jaga kesihatan badan elok-elok!

Antara rutin yang anda boleh biasakan adalah dengan hadkan minuman bergula dan pastikan anda kekal terhidrat sebab dengan cara ini, ia dapat membantu untuk melancarkan sistem usus badan anda. 

Watsons Super Sale

Selain itu, untuk mengekalkan keunikan badan, anda perlulah memilih pemakanan yang betul serta mengehadkan pemakanan yang tidak sihat. Lagi efektif, anda boleh ambil suplemen tambahan seperti CS Rapid Shake bagi membantu memberikan tenaga yang diperlukan badan. 

Haa, rutin seterusnya paling penting tau untuk tampil lebih yakin iaitu bersenam dan kekal aktif! Tak kiralah di mana saja anda berada, anda perlulah bersenam dan mengeluarkan peluh sekurang-kurang 3 hingga 4 kali untuk membantu meningkatkan kecerdasan otak, serta mengurangkan risiko penyakit. Kalau anda belum mula lagi, why not mulakan sekarang!

Kalau anda kesan penjagaan badan yang lebih efektif, anda boleh cuba sapu krim Clinelle Hot Body Shaper Cream pada badan atau makan makanan tambahan yang tinggi serat, seperti Brands Inner Shine Prune Essence. Barulah bentuk badan kekal unik! 

Kesihatan Luar Dalam Kunci Kepada Keyakinan Diri

Tips terakhir untuk anda tampil lebih yakin dan lebih menyayangi diri sendiri adalah dengan menjaga kesihatan badan. Haa, kalau jaga kesihatan luar dan dalam terjaga, barulah kita akan rasa lebih sayang dengan diri sendiri!

Macam biasa, kalau anda nak kesihatan terjamin, anda perlulah menapis pengambilan makanan yang mana anda harus melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Namun, kalau anda rasa agak susah untuk mengawal cara pemakanan anda, antara pilihan lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengambil vitamin dan suplemen tambahan. 

Watsons Super Sale

Antara suplemen recommended yang anda perlu cuba adalah Redoxon Double Action Vitamin C + Zinc dan Vitahealth EPA FishOil sebab ia mungkin cukup untuk mengurangkan keperluan ubat anti-radang.

Haa, banyakkan tips yang kami kongsikan. Make sure anda amalkan semua tau, barulah boleh tampil yakin dengan sendiri dan lebih menyanyangi diri sendiri! 

Watsons Mendokong Semangat Wanita Sokong Sama Wanita Dengan Super Sale! 

Watsons Super Sale

Tipulah kalau anda kata anda tak pernah dengar tentang farmasi Watsons betul tak? Mana taknya, Watsons kan selalu hadir dengan promosi-promosi yang KAW-KAW dan sangat berbaloi! 

Sempena Hari Wanita Sedunia ni, Watsons ada berita gembira untuk anda yang mana mereka hadir dengan tawaran Super Sale Superwomen’s Day! Perghh, bestnya!

Siapa yang duduk di Lembah Klang, jangan lupa hadirkan diri ke pusat beli belah 1 Utama pada 1 hingga 5 Mac di aras LG, Oval berhadapan Smiggle dan di aras GF, Centre Court berhadapan Royal Selangor sebab ada banyak aktiviti menarik yang disediakan tau! 

Bukan itu saja, anda siap boleh dapat PERCUMA payung Anti UV Watsons serta berpeluang untuk menang hadiah misteri dengan minima perbelanjaan RM80 dalam satu resit tau. Wow! 

Watsons Super Sale

Watsons Super Sale

Selain itu, anda juga boleh nikmati pelbagai tawaran hebat terutama untuk Gift With Purchase. Fuhh, tengok pun dah tau berbaloi nak berbelanja di Watsons! 

Kalau anda tak nak terlepas sebarang tawaran hebat daripada Watsons, jangan lupa untuk layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...