Kurangkan Sesak Pada Waktu Puncak Di Shah Alam, Persimpangan Bertingkat Ini Dibuka Jam 3 Petang. Lega Dah!

Trending

Kurangkan Sesak Pada Waktu Puncak Di Shah Alam, Persimpangan Bertingkat Ini Dibuka Jam 3 Petang. Lega Dah!

azmin-highwayPenduduk Shah Alam boleh menarik nafas lega menghadapi kesesakan melampau di sekitar Plaza Tol Sungai Rasau selepas Persimpangan Bertingkat Seksyen 7 yang melalui i-City akan dibuka mulai 3 petang ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persimpangan itu dipercayai dapat menyuraikan kepadatan trafik di Persiaran Kayangan, Persiaran Permai, Lorong Keluli, Persiaran Bestari, Padang Jawa, Jalan Plumbum, Jalan Kristal dan Jalan Platinum, lapor FMT.

Advertisement

Persimpangan bertingkat itu dibina bermula 2 April 2012 dengan kos RM50 juta.

“Persimpangan bertingkat ini dibina selepas kerajaan negeri menyedari pembangunan pesat di Shah Alam melebihi kapasiti Lebuh Raya Persekutuan terutama pada waktu puncak.

Ia pasti memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan berdasarkan kajian Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, ia dapat mengurangkan hampir 40 peratus pengguna Lebuh Raya Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Pembukaan Persimpangan Bertingkat Seksyen 7 Shah Alam, lapor Harian Metro.

Panjang keseluruhan persimpangan bertingkat itu ialah lima kilometer.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...