Kurangkan Obesiti Dan Kawal Insulin, Netizen Kritik Susu Pisang ‘Nilofa’ Seperti Menipu Pembeli

Hiburan

Kurangkan Obesiti Dan Kawal Insulin, Netizen Kritik Susu Pisang ‘Nilofa’ Seperti Menipu Pembeli

Semua pasti sudah sedia maklum bahawa Neelofa merupakan seorang artis dan juga usahawan berjaya dalam masa yang sama. Bukan sahaja sibuk menguruskan perniagaan hijabnya, malahan kini dia tak menang tangan mengendalikan perniagaan terbaru iaitu susu pisang ‘Nilofa’.

produk nilofa terima kecaman netizen

Advertisement

Kerana promosinya yang sangat hebat, sudah ramai yang berpusu-pusu mendaftar sebagai ejen penjual untuk produk susu pisang keluaran pertama di Malaysia ini. Kalau nak tarik pelanggan, mestilah kongsi kebaikan minuman itu kan?

produk nilofa terima kecaman netizen

Setelah mendedahkan pelbagai kebaikan kepada minuman ‘Nilofa’ ini, ramai pula netizen yang mempertikaikan kenyataan yang digunakan untuk mempromosi susu pisang tersebut.

Mereka mempersoalkan tentang ketiadaan pisang dalam produk itu bahkan kandungan gula yang tinggi juga bercanggah dengan kelebihan susu pisang yang kononnya sihat itu.

produk nilofa terima kecaman netizen

Bagi mereka, produk ini menggunakan ‘false advertising’ bagi menjualnya. Segelintir netizen juga menyatakan tak perlu mempromosikan susu pisang ‘Nilofa’ sebagai minuman kesihatan sebaliknya hanya dijual seperti minuman berperisa yang sudah ada di pasaran.

produk nilofa terima kecaman netizen

produk nilofa terima kecaman netizen

Tak perlulah tipu pelanggan hanya kerana ingin melariskan produk sendiri. Pengguna sekarang dah bijak tau, satu-satu dia kaji sebelum nak beli!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...