Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kurangkan Obesiti Dan Kawal Insulin, Netizen Kritik Susu Pisang ‘Nilofa’ Seperti Menipu Pembeli

produk nilofa dikecam netizen kerana seperti menipu pembeli

Semua pasti sudah sedia maklum bahawa Neelofa merupakan seorang artis dan juga usahawan berjaya dalam masa yang sama. Bukan sahaja sibuk menguruskan perniagaan hijabnya, malahan kini dia tak menang tangan mengendalikan perniagaan terbaru iaitu susu pisang ‘Nilofa’.

produk nilofa terima kecaman netizen

Advertisement

Kerana promosinya yang sangat hebat, sudah ramai yang berpusu-pusu mendaftar sebagai ejen penjual untuk produk susu pisang keluaran pertama di Malaysia ini. Kalau nak tarik pelanggan, mestilah kongsi kebaikan minuman itu kan?

produk nilofa terima kecaman netizen

Setelah mendedahkan pelbagai kebaikan kepada minuman ‘Nilofa’ ini, ramai pula netizen yang mempertikaikan kenyataan yang digunakan untuk mempromosi susu pisang tersebut.

Mereka mempersoalkan tentang ketiadaan pisang dalam produk itu bahkan kandungan gula yang tinggi juga bercanggah dengan kelebihan susu pisang yang kononnya sihat itu.

Advertisement

produk nilofa terima kecaman netizen

Bagi mereka, produk ini menggunakan ‘false advertising’ bagi menjualnya. Segelintir netizen juga menyatakan tak perlu mempromosikan susu pisang ‘Nilofa’ sebagai minuman kesihatan sebaliknya hanya dijual seperti minuman berperisa yang sudah ada di pasaran.

produk nilofa terima kecaman netizen

produk nilofa terima kecaman netizen

Tak perlulah tipu pelanggan hanya kerana ingin melariskan produk sendiri. Pengguna sekarang dah bijak tau, satu-satu dia kaji sebelum nak beli!

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    November 29, 2019 at 5:49 pm

    Takde siapa pertikaikan kebaikan pisang. Orang pertikaikan keadaan pisang dalam susu dia dengan claim yang boleh regulate insulin level, as per what she advertised. Nak support boleh, tapi kalau salah tetap salah.

  2. Anonymous

    November 29, 2019 at 3:07 pm

    adik aku bwk balik dr ofis dia. aku try minum sikit.. xsedap lgsg.. fake flavour pisang tu kuat gila.. mcm minum perfume.. terlalu wangi..

  3. Anonymous

    November 29, 2019 at 3:03 pm

    sedap ke susu lofa….aku nak rasa

  4. Anonymous

    November 29, 2019 at 2:37 pm

    Betul dh tu khasiat pisang mmg byk… cuma yg saya faham apa yg dipertikai kn tu sbb dlm senarai bahan2 tu takde pun pisang jd mana nak dtg khasiat dlm susu pisang tu…mungkin kalau di iklan kan sebagai minuman susu berperisa pisang tanpa overclaim khasiat pisang dlm minuman tu sendiri tak jadi masalah..wallahualam

  5. Susu lopak

    November 29, 2019 at 2:34 pm

    Artificial colour n flavour … Wow …too good too good , super healthy food with added sugar lagi ….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top