November 29th, 2019

Semua pasti sudah sedia maklum bahawa Neelofa merupakan seorang artis dan juga usahawan berjaya dalam masa yang sama. Bukan sahaja sibuk menguruskan perniagaan hijabnya, malahan kini dia tak menang tangan mengendalikan perniagaan terbaru iaitu susu pisang ‘Nilofa’.

produk nilofa terima kecaman netizen

Kerana promosinya yang sangat hebat, sudah ramai yang berpusu-pusu mendaftar sebagai ejen penjual untuk produk susu pisang keluaran pertama di Malaysia ini. Kalau nak tarik pelanggan, mestilah kongsi kebaikan minuman itu kan?

produk nilofa terima kecaman netizen

Setelah mendedahkan pelbagai kebaikan kepada minuman ‘Nilofa’ ini, ramai pula netizen yang mempertikaikan kenyataan yang digunakan untuk mempromosi susu pisang tersebut.

Mereka mempersoalkan tentang ketiadaan pisang dalam produk itu bahkan kandungan gula yang tinggi juga bercanggah dengan kelebihan susu pisang yang kononnya sihat itu.

produk nilofa terima kecaman netizen

Bagi mereka, produk ini menggunakan ‘false advertising’ bagi menjualnya. Segelintir netizen juga menyatakan tak perlu mempromosikan susu pisang ‘Nilofa’ sebagai minuman kesihatan sebaliknya hanya dijual seperti minuman berperisa yang sudah ada di pasaran.

produk nilofa terima kecaman netizen

produk nilofa terima kecaman netizen

Tak perlulah tipu pelanggan hanya kerana ingin melariskan produk sendiri. Pengguna sekarang dah bijak tau, satu-satu dia kaji sebelum nak beli!

Sumber: Twitter


17 responses to “Kurangkan Obesiti Dan Kawal Insulin, Netizen Kritik Susu Pisang ‘Nilofa’ Seperti Menipu Pembeli”

  1. Lopak & co . says:

    Geng geng menjilat nelopak bangung n sedarlah
    ……susu penipu

  2. Anonymous says:

    AWOK OI. ADA BACA TAK PISANG PON TAKDE DALAM RAMUAN DIA. CUMA PERASA YG DIBENARKAN. APA JADAH SUSU PISANG TAPI TAKDE PISANG.

    NAK BACK UP PON BACA LER DULU. KESIAN.

  3. Anonymous says:

    ada saja yang tak kena kalau neelofa buat apa2.. kesian dia.. aku rasa dalam pamphlet tu lebih kepada nk cakap kelebihan pisang tu sendiri yang mana pisang ni makanan yang mengenyangkan dan rendah kalori. then, pisang ni kaya serat, boleh melawaskan pembuangan air besar. pisang juga ada serat dan kanji tahan yang boleh turunkan gula dalam darah dan dapat kurangkan nafsu makan.

    apapun, bergantung pada tahap kesihatan masing-masing la, mungkin ada orang yang tak boleh ambil pisang dalam diet dia.. rujuk la doktor pakar masing2.

    untuk neelofa, all the best dalam bisnes f&b awak ni, ni semua salah satu daripada cabarannya yg awak boleh ambil sbg pengalaman dan pengajaran utk masa akan datang.. semoga terus sukses..

  4. ain says:

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA yg bengap je pergi beli. Baik la buat sendiri. Lagi sedap.

  5. nani says:

    minum coco ococ formula Dr Rizal lagi baik.

Loading...