Kurangkan Kos Penyelenggaraan Penghawa Dingin, Ini Tip Penjagaan Penghawa Dingin Di Rumah

Trending

Kurangkan Kos Penyelenggaraan Penghawa Dingin, Ini Tip Penjagaan Penghawa Dingin Di Rumah

Sekarang ni cuaca agak panas dan bagi mereka yang ada penyaman udara dirumah sudah tentu sering menggunakannya. Namun aspek paling penting adalah dari segi penyelenggaraan. Bagaimana nak kurangkan kos?

Advertisement

Admin ingin kongsikan pada anda, bagaimana cara penjagaan penghawa dingin agar tahan lebih lama, dan mengurangkan pengeluaran kos. Perkongsian dari laman, Daya Arus Engineering. Jom kita tengok sikit.

TIPS PENJAGAAN AIRCOND RUMAH / PEJABAT

Tahukah anda, ada beberapa tips yg perlu anda tahu supaya aircond tahan lebih lama dan kurang mengeluarkan kos penyelengaraan.
Anda akan jimat kos penyelenggaraan aircond sekaligus menyelamatkan poket anda.

1) Sebelum membuat pembelian aircond baru, pastikan jenama yang dijamin ketahanannya oleh pengeluar-pegeluar aircond berkenaan. Dapatkan perkhidmatan dari juruservis yang bertauliah. Kenal pasti unit indoor dan outdoor unit berkenaan. Supaya anda tidak terkeliru.

2) Gunakan House Power yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda. Cara mengukur keluasan bilik (panjang x lebar x (tinggi x 10) = BTU ) 10,000 Btu bersamaan 1HP.

* contoh 10 x 10 x (9 x 10) = 10 x 10 x 90 = 9,000Btu keperluan hp untuk bilik berukuran ini ialah 1hp keupayaan compressor 9,000BTU

3) Setelah suis utama dihidupkan, tekan butang alat kawalan jauh, setkan suhu kepada 24-25 deg C, biarkan udara bilik sejuk terlebih dahulu, sebelum turunkan suhu ketahap yang lebih dingin, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.

4) Cuci Air filter dengan dengan air, cara membuka Air Filter boleh didapati dalam buku log manual yang disediakan pengeluar. Cuci sekurang-kurangnya 3 minggu sekali atau selewat-lewatnya sebulan sekali.

5) Cuci coil bahagian luar Outdoor dengan air sekurang-kurangnya sebulan sekali. Halakan hos paip dibahagian coil out door yang kelihatan, dengan memancutkan air seberapa ketika sehingga segala kotoran terhakis. Pastikan air tidak terkena bahagian motor kipas.

6) Jika suction paip bahagian luar kelihatan seperti frizzing (membeku) periksa blower indoor sama ada motor blower indoor berfugsi atau tidak. Periksa Air Filter sama ada tersumbat. Jika Indoor berkeadaan baik, berkemungkinan unit mengalami kebocoran gas, hubungi juruservis.

7) Jangan biarkan aircond anda On 24jam kerana ini akan membebankan aircond anda. Setiap lapan jam waktu beroperasi, rehatkan sekurang-kurangnya selama 2-3jam.

8) Jangan biarkan pintu bilik atau tingkap terbuka semasa anda mengunakan aircond, kerana suhu bilik tidak akan turun jika tingkap dan pintu terbuka, ia akan membeban compressor bahagian outdoor untuk mendapatkan suhu yang anda tetapkan.

9) Vacuum hujung hos drain paip dengan mengunakan wet vacuum jika indoor unit anda mengalami kebocoran air. Jika masalah berteruskan hubungi juruservis.
Dalam memastikan anda mendapatkan pengudaraan yang baik, pastikan anda tidak terbeban dengan kos penyelenggaran kelak. Moga-moga dengan tip yang diberikan, dapat membantu anda menggunakan penghawa dingin dengan lebih baik. Semoga bermanfaat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...