Tak dinafikan kebanyakan rakyat Malaysia memandang tinggi kepada rupa berbanding peribadi seseorang. Kulit yang putih mulus, mata yang bundar, susuk tubuh yang ramping dan tinggi lampai, bibir munggil, rambut hitam pekat tersisir rapi serta banyak lagi karakteristik yang lain. Sesiapa yang dilahirkan dengan ciri-ciri sedemikian, sudah pasti mempunyai jalan hidup yang sedikit senang berbanding dengan yang lain.
Para wanita yang tidak bernasib baik untuk memiliki ciri standard kecantikan yang digilai oleh rakyat Malaysia, pastinya akan ada yang berasa tidak yakin untuk menempuhi hari-hari mendatang. Mungkin risau dengan pandangan mata yang meliar atau pun bisikan kejian yang meruntun hati.
Sama juga dengan kisah seorang wanita tempatan yang segan dengan penampilannya yang tidak berambut kerana penyakit sejak sekian lama. Menerusi Twitter, adik kepada wanita tersebut telah meluahkan rasa kagum kepada kakaknya yang tetap cantik di matanya meskipun ada yang meninggalkan kata-kata kejian.
Hi, dia ni selalu insecure sebab dia takda rambut. & bergantung kat wig je, wig mahal weh? She suffer from trichotillomania. & ada lah orang keep on mengata dia. But you know what sis? Shes bald & she’s beautiful. You cant make fun of her anymore? pic.twitter.com/zkQEr56F4u
— Cinta (@cintadatsme) March 4, 2020
Gadis itu turut mendedahkan bahawa kakaknya berasa tidak yakin dengan diri sendiri dan sentiasa bergantung dengan rambut palsu untuk menjalani kehidupan hariannya.
Difahamkan bahawa wanita itu mempunyai penyakit yang dikenali sebagai trichotillomania di mana pesakit mempunyai keinginan yang kuat untuk mencabut rambut sama ada secara sedar atau luar sedar. Bukan itu sahaja, pesakit trichotillomania juga mempunyai tabiat mencabut bulu lain pada muka seperti bulu mata, bulu kening atau pada anggota badan lain.
Usai memuat naik entri tersebut di laman media sosialnya, gadis itu dibanjiri dengan pujian yang melambung oleh para pengguna Twitter yang lain. Mereka memuji kecantikan wajah wanita tersebut sampai ada yang kata rupanya mirip Nora Danish!
Meskipun tidak berambut tetapi tidak dapat disangkal kecantikan wanita ini. Pujian daripada netizen juga nampaknya membuatkan dia berasa yakin untuk mendedahkan dirinya kepada orang ramai.
I make bald look good? https://t.co/H0GtlWJLIb
— ? (@_MASLIANA) March 4, 2020
Semakin cantik apabila wanita tampil yakin dengan penampilannya!