August 18th, 2015

Melangkah sahaja ke dunia lakonan dan membintangi pelbagai drama bukanlah satu jaminan bahawa seseorang artis itu akan terus mendapat tawaran lakonan tanpa henti. Malah, tidak menjadi pelik jika ada yang tidak berlakon sehingga berbulan bahkan bertahun lamanya kerana tidak menerima sebarang tawaran.

Walaupun sudah banyak drama beliau berlakon, Aishah Ilias mengakui nama beliau masih belum begitu terkenal ataupun kukuh didalam dunia lakonan. Lakonan terakhir beliau adalah ketika berlakon didalam drama Dalam Pelukan Ramadhan terbitan Zeel Production yang sudah disiarkan di Astro Ria bulan lalu.

Menyedari bintang beliau tidak begitu menyerlah meskipun sudah lima tahun bergelar anak seni, Aishah memberitahu beliau ada terfikir untuk mempunyai kerja tetap dan berminat untuk menceburi bidang penerbangan pula sebagai seorang pramugari.

Saya ada ke sesi temu duga menjadi pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan. Kalau dapat dan tengok rezeki macam mana, saya akan ikut. Saya sendiri sering tertanya-tanya apa nasib saya dalam dunia lakonan. Sudah berlakon banyak tetapi macam orang tak sedar.

Saya pun jenis yang jarang ke acara hiburan atau fesyen sekali gus pendedahan saya amat kurang. Ikutkan saya memang minat jadi pramugari. Kalau dapat dan diterima bekerja, mungkin saya terpaksa korbankan kerjaya lakonan.

Tapi semua itu perancangan. Saya akur dengan apa saja suratan tertulis nanti. Ikutkan sudah lama saya meminati kerjaya pramugari ini. Malah, sejak awal berlakon lagi, saya memang minat nak cuba nasib jadi pramugari tetapi ketika itu saya memakai pendakap gigi dan terpaksa melupakan hasrat itu.

Pada pendapat kami, mungkin belum ada karya yang betul-betul  sesuai serta menguji kemampuan Aishah Ilias dalam lakonan tetapi kalau beliau sendiri sudah boleh melihat tiada masa hadapan dalam bidang seni, lebih baik untuk berhenti dan fokus untuk mencari pekerjaan yang lebih terjamin. Sampai bila nak tunggu orang bagi job bukan?

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...