Kurang Seminit Buat ‘Kerja’, Pasangan Kekasih Menyamar Runner Samun RM40,000 & Emas 2KG

Kehidupan

Kurang Seminit Buat ‘Kerja’, Pasangan Kekasih Menyamar Runner Samun RM40,000 & Emas 2KG

Ketika negara melaksanakan PKP, rata-rata masyarakat suka berbelanja secara dalam talian kerana ianya lebih senang dan tidak perlu bersesak untuk mendapatkan barang serta hanya perlu menunggu barang untuk sampai ke rumah.

Namun, dalam keterujaan menunggu barang sampai di rumah, masyarakat diingatkan supaya berhati-hati dengan penjenayah yang mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai penghantar barangan.

Advertisement

Tular di media sosial, sepasang kekasih dikatakan menyamar sebagai penghantar barangan untuk menyamun dan menyebabkan tuan rumah mengalami kerugian besar.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan si lelaki yang bertopi keledar masuk ke dalam rumah sementara kekasihnya menunggu di luar. Mereka berhasil melarikan wang bernilai RM40,000 dan emas 2 kilogram sebelum kedua-dua mereka memecut motosikal.

Rata-rata warga maya amat terkejut dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secepatnya. Malah, ada juga yang memberi peringatan agar sentiasa memastikan identiti runner supaya tidak tertipu dengan penjenayah.

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...