Kurang “Respond” Bila Berkongsi Sejarah Tamadun Islam, Raja Zarith Sofiah Tegur ‘followers’ Facebook

Trending

Kurang “Respond” Bila Berkongsi Sejarah Tamadun Islam, Raja Zarith Sofiah Tegur ‘followers’ Facebook

zarith_comnt_600Pengikut atau ‘followers’ laman sosial Facebook Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ditegur di atas sikap mereka.

Raja Zarith Sofiah dalam laman sosial milik baginda mempersoal tindakan pengikutnya meninggalkan komen dan ‘Like’ acapkali baginda memuat naik foto sendiri namun berbeza pula apabila baginda memuat naik artikel berkaitan cucu Nabi Muhammad SAW, lapor FMT.

Advertisement

“Saya memuat naik gambar dan menerima beribu ‘Likes’ serta beratus komen. Tapi bila saya memuat naik artikel mengenai cucu Nabi Muhammad SAW, saya hanya menerima 10 ‘Likes’ dan satu komen (yang mana datangnya daripada seorang warganegara Singapura).

“Bagaimana kita akan menjadi seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik, jika kita tidak berminat dengan sejarah Islam, dan tidak cuba menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang agama Islam?

“Adakah ini kerana rencana tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tidak ramai yang boleh membacanya? Atau, adakah kerana semua terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membacanya? Atau, adakah kerana tiada siapa yang berminat tentang cerita berhubung dengan keluarga Rasulullah SAW? ” soal baginda yang ternyata kesal dengan sikap netizen tersebut.

Ekoran status tersebut, ramai yang tampil memberi respons dengan mengakui, bahasa salah satu punca manakala yang lain pula menafikan alasan tersebut.

“Saya rasa ia bukan hanya mengenai Bahasa Inggeris Tuanku.. Ia kerana sesetengah rakyat Malaysia tidak suka membaca…bahasa atau Inggeris. Mereka tidak suka… Bagaimana seseorang itu boleh mengabaikan sejarah jika mereka mengabaikan kepentingan membaca,” tulis Izuddin Ismail.

Tidak ketinggalan beberapa orang pula mengakui mengikuti perkembangan dan perkongsian dalam Facebook baginda, cuma status berkenaan cucu Nabi Muhammad itu tidak keluar dalam ‘newsfeed’ mereka.

Justeru itu, ramai juga meminta baginda memuat naik semula posting tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...