“Kurang Bertamadun” – Pelancong Jepun Kritik Sikap Rakyat Malaysia Yang Duduk Bersila Di Lantai

Kehidupan

“Kurang Bertamadun” – Pelancong Jepun Kritik Sikap Rakyat Malaysia Yang Duduk Bersila Di Lantai

Konsert jelajah dunia 2025 ZEROBASEONE WORLD TOUR [HERE & NOW] oleh kumpulan popular K-pop, ZEROBASEONE (ZB1), yang berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 8 November 2025 (Sabtu) ternyata meninggalkan pelbagai kisah di sebalik kemeriahannya.

Seperti kebiasaan, ramai peminat dilihat menunggu di kawasan pusat membeli-belah berhampiran venue sambil duduk di lantai sebelum dibenarkan masuk ke dalam arena. Namun, situasi itu mencetuskan kontroversi selepas seorang pengunjung dari Jepun menulis komen negatif mengenai keadaan tersebut di platform X (Twitter).

Advertisement

Threads

Pengunjung itu mengkritik suasana di luar venue yang disifatkannya tidak teratur kerana melihat penonton duduk di lantai serta vendor menjual barangan di atas lantai, sebelum melabelkan Malaysia sebagai negara dengan “standard ketamadunan yang rendah” (low standards of civilisation).

Kenyataan tersebut segera mengundang kemarahan rakyat Malaysia, termasuk beberapa pengguna dari luar negara yang menyifatkan komen itu sebagai dangkal dan menghina.

Sebagai tindak balas, ramai pengguna media sosial memuat naik gambar warga Jepun yang mabuk dan terbaring di jalanan di negara sendiri, bagi menunjukkan bahawa tiada negara yang sempurna.

Pelancong jepun

Lebih menarik, seorang netizen Jepun turut tampil memohon maaf bagi pihak pengkritik berkenaan dan menjelaskan bahawa komen itu tidak mewakili pandangan keseluruhan rakyat Jepun.

Bagaimanapun, individu yang membuat kenyataan asal dilaporkan enggan memohon maaf meskipun telah diminta berbuat demikian oleh pengguna Jepun lain sekali gus terus mengundang kecaman hebat di media sosial.

Walaupun isu tersebut bermula dengan situasi biasa menjelang konsert, ia kini menjadi perbincangan hangat antara netizen Malaysia dan Jepun mengenai etika, persepsi budaya, dan sikap saling menghormati antara pelancong dan masyarakat tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelancong China
2025-11-11 16:21:05

Pelancong China 'Selamba' Ubah Mural Di Pulau Pinang - "Bangga Pula Tu Dengan Perbuatan Haram"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...