Kurang Bajet, Putrajaya Terpaksa Tamat Kontrak Seramai 156 Profesor

Trending

Kurang Bajet, Putrajaya Terpaksa Tamat Kontrak Seramai 156 Profesor

zzz

Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini telah mengumumkan bahawa seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak akan dilanjutkan perkhidmatan mereka susulan di universiti awam susulan kekangan bajet yang ada.

Advertisement

Memetik laporan Projek MMO, Ketua pegawai eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata berdasarkan sumbangan mereka yang mengorbankan lebih separuh umur berkhidmat sepatutnya dihargai kerana kebanyakkan mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.

Untuk meraih gelaran profesor, seseorang itu memerlukan proses yang panjang kerana mereka perlu diiktiraf menerusi kepakaran masing-masing. Namun begitu, apabila sampai umur 60 tahun, mereka diberhentikan pula.

“Kita minta kerajaan mengutamakan usaha-usaha memartabatkan sektor akademik di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! hari ini.

Berdasarkan laporan, Malaysia mempunyai 2,254 profesor, dengan 1,867 orang berkhidmat di universiti awam.

Oleh itu, Putrajaya dilaporkan perlu membelanjakan kira-kira RM3 juta ntuk melahirkan ahli akademik bertaraf profesor.

Raduan dalam pada itu menegaskan, pertikaian umur persaraan profesor timbul apabila jawatan mereka disamakan dengan penjawat awam lain.

Katanya, MPN mencadangkan umur persaraan profesor dilanjutkan sehingga 65 tahun selaras amalan antarabangsa.

“Usaha 60 tahun dan ke atas merupakan peringkat usia paling ideal bagi seseorang profesor menjadi produktif dalam menyumbang kepakaran kepada sektor akademik negara.

“Golongan profesor sepatutnya diletakkan bawah satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan bukannya skim Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...