Kurang Aktif Dalam Aktiviti Seni: Hanis Zalikha Nafi Sudah Hamil

Hiburan

Kurang Aktif Dalam Aktiviti Seni: Hanis Zalikha Nafi Sudah Hamil

Sejak beliau berkahwin bersama Hairul Azreen, selebriti jelita Hanis Zalikha agak jarang kita lihat terlibat dengan mana-mana aktiviti seni. Ada yang mengatakan beliau sedang hamil, wah! Betul ke?

Advertisement

Semuanya bermula apabila Hanis memuat nai sebuah foto dengan kapsyen yang seakan menyatakan beliau sedang menanti kelahiran seorang bayi di akaun Instagram miliknya.

Sabar semua, sebenarnya Hanis belum lagi berbadan dua dan kini beliau sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangganya dan juga perniagaan beliau.

Saya belum hamil dan kalau sudah mengandung saya akan beritahu, sekarang cuma sibuk meneruskan perniagaan sedia ada dan yang terbaharu bakal melancarkan perniagaan tudung Cakenis

Tentang gambar berkapsyen perkembangan terkini, saya dan suami lebih ke arah mengembangkan perniagaan kami buat masa sekarang dengan beberapa jenama yang akan dikeluarkan. Saya lebih selektif dalam aktiviti seni sebab lebih fokus komitmen rumah tangga dan perniagaan.

Peminat ni kalau dengar berita artis mereka sudah hamil memang excited dibuatnya, apa-apapun kami pasti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen akan berkongsi berita  gembira tersebut satu hari nanti jika mereka telah dikurniakan rezeki untuk mendapat anak. Sekarang ini, biarlah mereka menikmati fasa berbulan madu ketika baharu berkahwin dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...