Dek kerana konflik yang berlaku antara dirinya dan balu Abam, Hidayah baru-baru ini, Ali akui dirinya terus menerus menjadi mangsa kecaman netizen.
Bukan hanya kritikan membabitkan isu pembahagian harta ini tetapi juga menurut Ali terdapat segelintir individu yang melampau dan membabitkan ibu serta isterinya juga.
Menerusi live di TikTok, Ali mengamuk selepas tidak tahan dengan netizen yang memetik nama arwah bapanya sesuka hati oleh seorang netizen.
Ali yang gagal menahan kemarahannya terus menghentam individu yang mengejek arwah bapanya dan menganggap ia keterlaluan.
Kau ingat ni zaman sekolah dulu ke tak biasa kena ejek nama bapa? Kau tahu ke bapa orang ada atau dah tiada. Kurang ajar sangat, perempuan pula tu. Kalau depan-depan memang aku sepak sekali.”
Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa kemarahan itu bukanlah kerana dirinya mudah ‘koyak’ tetapi kerana sikap netizen yang sesuka hati heret ahli keluarganya.
Ini bukan masalah baran atau ‘koyak’ tapi yang awak cakap tadi pasal bapa saya. Ini bukan masalah baran atau ‘koyak’ tapi yang awak cakap tadi pasal bapa saya.”
@adimarshop Kerana mulut badan biasa. Jadi lah pengajaran untuk semua #panas #viral #ejek #nama #fyp #aliputeh
Sesetengah individu turut memberikan teguran kepada netizen yang memetik nama ibu atau bapa Ali dan berkata tindakan tersebut tidak wajar.
Meskipun marah dengan Ali, menurut mereka tidak perlulah sampai membabitkan ahli keluarga terutamanya orang tua pelawak itu yang sudah pun tiada.