Kura-Kura Mampu Hidup Lebih Dari Satu Abad, Ini Kisah Si Jonathan

Trending

Kura-Kura Mampu Hidup Lebih Dari Satu Abad, Ini Kisah Si Jonathan

Si Jonathan ini, ia merupakan seekor kura-kura yang hidup lebih dari 100 tahun lamanya. Ia diiktiraf sebagai haiwan darat tertua di dunia, setakat diketahui umum usianya mencecah 187 tahun pada 2019.

Advertisement

Haiwan ini dipercayai lahir pada 1832, sepanjang hidupnya sudah melalui pelbagai peristiwa penting dunia antaranya dua peristiwa perang dunia, revolusi Rusia, tujuh pertukaran monarki Britain dan pelantikkan 29 Presiden Amerika Syarikat.

Rekod dahulunya disandang kepada Tu’i Malila hanya satu tahun berbeza dengan Jonathan ini iaitu berjaya hidup sehingga umur 188 tahun.

Walaupun bersal daripada Seychelles di lautan Hindi, Jonathan telah tinggal di pulau terpencil St Helena di Atlantik Selatan sejak tahun 1882. Ketika itu, penyelidik menganggarkan bahawa Jonathan sudahpun berusia 50 tahun.

St Helena sangat terkenal sewatu dulu kerana menjadi tempat persinggahan terakhir Napolean Bonaparte.

Ketika ini, lebih daripada 80 ekor yang berkongsi spesis yang sama dengan Jonathan. Kura-kura ini merupakan spesis Aldabra Atoll merupakan spesis terancam sekarang.

Keadaan kesihatan Jonathan semakin merosot antaranya hilang keupayaan melihat dan deria bau yang semakin tidak sensitif.

 

Sumber: Guiness World Record

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...