Kupon Parkir Di Selangor Akan Dihentikan Hujung Tahun Ini

Automotif

Kupon Parkir Di Selangor Akan Dihentikan Hujung Tahun Ini

Keluar jer dari premis tengok-tengok ada ‘surat cinta’ dekat depan cermin, sedih betul! Menurut laporan Harian Metro, kerajaan negeri Selangor akan menghentikan penggunaan kupon parkin secara manual pada 31 Disember ini gais. Seriuslah?!

Kesemua tempat letak kenderaan dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor akan dilaksanakan secara digital bermula 1 Januari 2022 nanti kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Ingatkan percuma lagi? Kah! Belum gais.

Advertisement

Pembayaran parkir di semua kawasan PBT di negeri ini akan dilaksanakan secara digital sepenuhnya menerusi Smart Selangor Parking (SSP) yang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Kerajaan negeri juga akan mewujudkan kaedah petak parkir ‘hot zone’ di kawasan utama atau kawasan tumpuan awam dengan meletakkan had masa maksimum bagi setiap tempahan. Sebagai contoh, petak parkir ini tidak boleh digunakan melebihi tempoh dua jam (bagi setiap kenderaan).

Kaedah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna lain dalam mendapatkan petak parkir di kawasan yang sibuk dan padat.

Takpelah, ini pun salah satu kaedah yang akan memudahkan kita. Tak perlu lagi pergi ke tempat bayar parkir tu kalau korang terlebih masa dan sebagainya, cuma pakai telefon pintar jer gais!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...