Bawang putih merupakan salah satu bahan dapur yang sering kali digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia bukan hanya menambah rasa sedap, bawang putih juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan seseorang.
Walaupun, pengunaan bawang putih kerap kali digunakan, namun kebanyakkan orang merasai agak sukar untuk mengupas kulit bawang putih dengan cepat. Selalunya anda memerlukan waktu beberapa minit untuk mengoyakkan kulit pada bawang hingga bersih.
Sebenarnya terdapat cara mudah untuk mengopek bawang putih yang kalian semua tidak tahu dalam masa yang sangat singkat. Semalam di laman Twitter seorang pengguna @VPestilenZ mengkongsikan video berdurasi 25 saat menunjukkan cara mengopek bawang putih tanpa mengupasnya satu persatu.
As someone who makes a lot of Korean food, this is the best method for getting garlic peeled!
? pic.twitter.com/14GGJDQhRj— ????????? ? ???? ? (@VPestilenZ) June 17, 2019
Pasti anda semua terkejut apabila melihat wanita ini mengupas kulit bawang putih dengan laju kerana selama ini kita semua menggunakan pisau lalu mengirisnya.
Namun sekarang, anda semua boleh mengikuti langkah mengopek bawang putih dari video ini dengan hanya mencucuk bawang putih dengan pisau dan menariknya terus keluar dari sarangnya hingga keluar daripada kulitnya dengan sekejap sahaja tidak sampai satu minit.
Video ini telah viral dan dilihat lebih daripada 20.1 juta warga sosial di seluruh dunia. Kebanyakkan warga sosial mengaku baru mengetahui cara efektif ini untuk mengupas bawang putih.
Sumber: Twitter