“Kuncinya Syukur Dengan Dugaan” – 10 Tahun Menunggu, Achey Akhirnya Tayang Rumah Mewah 3 Tingkat

Hiburan

“Kuncinya Syukur Dengan Dugaan” – 10 Tahun Menunggu, Achey Akhirnya Tayang Rumah Mewah 3 Tingkat

Berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa untuk keluarganya tercapai, pelawak dan pelakon Achey kini bagai mampu menghembus nafas lega dan bersyukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah tercapai walaupun mengambil masa 10 tahun.

achey beli rumah tiga tingkat

Advertisement

Katanya lagi, segalanya sukar dicapai tanpa doa orang sekeliling yang membantu menjadi kekuatannya untuk menyimpan dan merealisasikan impiannya itu.

Perkara itu dikongsi kepada umum menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

“Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.”

Ujar Achey, meskipun pernah gagal dalam perniagaan sebelum ini, namun dirinya tetap yakin bahawa pengalaman perit itu menjadi pemangkin semangat untuk dirinya bangkit daripada kesilapan lalu.

10 Tahun Menunggu, Achey Akhirnya Tayang Rumah Mewah 3 Tingkat

“Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat. Ya banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga. Tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.”

10 Tahun Menunggu, Achey Akhirnya Tayang Rumah Mewah 3 Tingkat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang diperoleh Achey kini. Malah tidak ketinggalan rakan-rakan selebriti juga turut mengucapakn tahniah kepada Achey dan ahli keluarganya.

Terdahulu, Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya berkahwin sejak sembilan tahun lalu namun tidada rezeki untuk mendapatkan zuriat. Bagaimanapun pasangan itu nekad mengambil anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah pada 2018.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...