Kumpulan Zero Nafi Tagih Simpati Dengan Kisah Kesusahan Hidup

Hiburan

Kumpulan Zero Nafi Tagih Simpati Dengan Kisah Kesusahan Hidup

Walaupun telah dinobatkan gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014, masih ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kemenangan kumpulan Zero. Yang lebih menyedihkan, ada yang berpendapat kumpulan ini menggunakan kisah kesusahan hidup mereka untuk menagih simpati. Abang Nara pernah menulis tentang kumpulan Zero yang hanya bekerja sebagai nelayan serta buruh kasar, pemergian ayah yang OKU dan kehidupan mereka yang jelas susah.
kumpulan zero Kisah tersebut elah menjadi viral dan ada yang berpendapat ia sengaja dikeluarkan pada saat-saat akhir untuk meraih simpati sekaligus membuatkan peminat mengundi mereka. Secara jujur, Abang Nara berkongsi kisah tersebut untuk memberi inspirasi kepada para pembaca. Kalau kita ada bakat dan gunakannya, latar belakang tidak penting, yang penting adalah usaha keras. Kata Sharif tentang kontroversi ini:-

Memang kami susah. Tetapi semua itu bukan alasan untuk kami meminta simpati orang. Sebelum ini kami hanya bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar. Kesusahan itu membuatkan kami cuba untuk mengubahnya.

Tidak sangka peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ kami mula sedar hidup semakin bersinar.

Advertisement

kumpulan zero
Duit kemenangan sebanyak RM500,000 akan digunakan oleh 3 adik beradik ini untuk menghantar ibu mereka menunaikan haji, membuat rumah dan untuk perkahwinan Syaiful (Melati/Rihanna). Secara jujur, kemenangan Zero memang tidak dipertikaikan lebih-lebih persembahan muzikal mereka yang begitu menyentuh hati. Bergenang juga air mata Abang Nara. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada kumpulan Zero atas kejayaan anda.

P.S: Honda HRV dilancarkan, harga bermula RM99,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...