Malam semalam menyaksikan tiada kejutan besar yang berlaku apabila nama kumpulan Virus diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir dan gagal memasuki peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2014. Keputusan yang diumumkan oleh Nur Fazura itu sudah boleh dijangka kerana persembahan kumpulan Virus sekali lagi mengecewakan minggu ini. Kalau minggu lepas mereka diselamatkan dengan ketiadaan penyingkiran, kali ini nasib mereka tidak lagi sebertuah itu.
 Tema minggu ini ialah ‘props’ dan loghat. Secara jujur, penyingkiran Virus adalah wajar berdasarkan prestasi semasa. Apa pun penyingkiran ini jelas membuktikan para penonton dan pengundi kini lebih mementingkan kualiti berbanding populariti. Kalau lawak dan persembahan tak ke mana, populariti tidak akan membantu. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
 Dengan penyingkiran Virus, 5 peserta yang akan bertarung di peringkat akhir MLM2014 minggu hadapan ialah Shiro, Bocey, Zero, Sepahtu dan Nabil. Good luck and all the best diucapkan. Diharap dapat berikan persembahan yang terbaik minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan.