Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kumpulan Shiro Ialah Juara Raja Lawak 6, Bawa Pulang Wang Tunai RM100 Ribu

Kalau anda melekat di kaca TV sebentar tadi, pasti anda ada ternampak wajah kacak Abang Nara di dalam TV semasa final Raja Lawak 6. Terima kasih kepada Astro yang sudi menjemput Abang Nara. Seperti yang dijangkakan, kumpulan Shiro berjaya merangkul gelaran juara Raja Lawak 6. Abang Nara memang gelak terkekeh-kekeh setiap kali kemunculan kumpulan Shiro.

shiro juara raja lawak 6

Advertisement

Bagi Abang Nara, persembahan finalist Raja Lawak 6 kali ini memang membanggakan. Tak nampak gementar ataupun darah gemuruh di atas pentas. Kesemuanya memang sudah bersiap sedia sepenuhnya. Namun Abang Nara paling tertarik dengan lawak-lawak daripada kumpulan Shiro. Ada gaya-gaya Sepah sikit. Tak gitu?

shiro juara raja lawak 6

Naib juara Raja Lawak 6 jatuh kepada kumpulan Zero. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000. Manakala di tempat ketiga ialah Cuit sekaligus membawa pulang RM30,000. Manakala kumpul 2Yol pula berada di tempat terakhir. Keputusan akhir Raja Lawak 6 sememangnya tiada kontroversi dan menepati ramalan kebanyakan pihak.

shiro juara raja lawak 6

Apa-apa pun tahniah kepada kesemua finalist Raja Lawak 6 yang telah memberikan lawak yang sangat memuaskan hati semua pihak. Kepada pihak Astro, diharap dapat mengembangkan lagi bakat-bakat yang ada terutamanya kumpulan Shiro agar mereka akan lebih popular dan dapat beraksi di pentas yang lebih besar.

shiro juara raja lawak 6

Apa pula pendapat anda tentang final Raja Lawak 6 kali ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 Comments

  1. raja lawak 7

    March 21, 2012 at 9:37 am

    aku tgk raja lawak 6 aku fhm je bhsa zero guna… ckp bhsa malaysia… btl2 sengit la zero n shiro…time shiro buat tag-line…”apa….?”… hehehehehe… klu yg xfhm sabahan tu, maybe silap chanel kot…

  2. pemerhati

    March 20, 2012 at 11:06 am

    Ape la korang ni. Ini salah, itu salah, begini tak best, begitu best, si anu best, si anu tak best. Manusia memang macam tu. Sentiasa mengkritik, sentiasa mencetuskan masalah dan rasa tak puas hati. Komen sana komen sini. Dia fikir dia yang paling ok, paling baik, paling pandai dan paling sempurna. Orang yang semacam ini, adalah orang yang tidak open minded. Sentiasa mencari kelemahan, kekurangan dan kesalahan orang lain. Sekali lagi orang ni layak di panggil pengkritik tak bertauliah…suka lepas2 cakap je. Orang mcm ni bukan bodoh tapi mcm orang bodoh. Kalau tak suka, tak ya lah byk komen, banyak cakap banyak meroyan…buang masa ko je. Orang semacam ini baik campak dalam tongsampah menjadi sampah masyarakat yang bukan membina tapi menghina. Aku tulis bukan kerana nama tapi sekadar mengeluarkan pendapat sebab secara kebetulan je aku ternampak blog ni. Blog yang hampir2 menjadi ruang tempat orang melepaskan segala rasa tidak puas hati mereka. Came on la…saya bukannya serius sangat nak mengomen ni….sekadar melepaskan batuk ditangga…sapa terasa jangan la marah ye…. manusia, manusia….

  3. ai la

    March 20, 2012 at 9:07 am

    ai asal selangor….duk sabah da 2 tahun..ai cikgu sekolah…ai xrasa pun..ai xfaham pelat sabahan…lagi senang nak faham derang ni sebab derang ni cakap bahasa baku….kalu masa test sekolah..xpayah nk tekankan or betulkan mana2 part…kecuali ade beberapa kelompok yang sangat pelat berbahasa dialek masing2..tp bile diasah ok la….berbanding dengan kita yang berada kat semenanjung..kebanyakannya kalu yang berasal dari utara tanah air…kelantan or terengganu…lagi susah nak difaham dan dibentuk tutur katanya….hanya pendapat ai..jgnlah kita ni menghina atau memperlekehkan bahasa atau budaya orang lain..kan da nama 1 Malaysia…

  4. cuitNO1

    March 19, 2012 at 11:04 pm

    cuit best gila.hahaha mamak memang pro hahaha.lagi-lagi masa persembahan pertama.NINDIA

  5. joe jambul

    March 19, 2012 at 11:46 am

    ai x faham kenapa la org malaysia selalu persoalkan pelat sabah…x faham bahasa baku ke?rasanya pelat penang,kedah,kelantan,terengganu lg susah nak faham…korang gelak jugak..so,x payah la nak cakap ‘zero x lawak sbb pelat mereka ai x faham…dorang cakap apa ek’..please la…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama