Kumpulan Search Nafi Abaikan Yazid

Hiburan

Kumpulan Search Nafi Abaikan Yazid

Jika kita melihat keadaan pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid pasti kita akan bersimpati kerana beliau menderita akibat kegagalan buah pinggang yang agak serius.

Advertisement

Apa yang menjadi persoalan ramai ialah dimana ahli Search yang lain? Mengapa mereka seakan tidak peduli dengan keadaan Yazid sehinggakan beliau sendiri memberitahu rakan-rakannya itu tidak pernah melawat beliau ketika berada di hospital.

Selalu dihimpit dengan soalan tersebut oleh , pemain gitar bes Nasir Daud tidak kisah akan pandangan negatif masyarakat kerana hakikatnya mereka sering mengikuti perkembangan kesihatan Yazid dan sering membantu beliau.

Setiap kali Yazid sakit, kami dituduh mengabaikan dia. Tahun lepas pun isu sama juga timbul. Sedangkan orang ramai tidak tahu, kami begitu prihatin terhadapnya. Malah wang persembahan yang kami terima, walaupun persembahan berlangsung tanpanya, kami tetap beri (diagihkan kepada lima orang) kerana dia adalah ahli kami.

Mungkin dia sedikit emosi ketika disoal wartawan. Maklumlah orang sakit mudah sensitif. Baru-baru ini saya melawat dia, kami okey.

Pada masa yang sama, beliau merasa syukur apabila ramai pihak yang cukup bermurah hati untuk membantu Yazid bagi mengumpulkan dana untuk beliau. Walaubagaimanapun, timbul sedikit rasa risau dihati beliau jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kesempatan tersebut dan meminta derma daripada orang ramai untuk kegunaan mereka sendiri.

Kami risau juga jika ada pihak mengambil kesempatan. Apa-apapun, jika ada yang mahu menderma, rasanya lebih baik wang derma tersebut dimasukkan terus ke akaun Yazid. Tidak perlu ada orang tengah.

Jika dahulu pernah susah bersama-sama untuk menaikkan nama Search dalam industri muzik, janganlah pula bila sudah senang kita melupakan segala bakti rakan kita. Kekalkan lah persahabatan yang baik dan bantulah Yazid semana yang mampu.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...