Kumpulan Muzik Fourtwnty Maklum ‘Berehat’ Sementara Setelah 15 Tahun Berkarya

Hiburan

Kumpulan Muzik Fourtwnty Maklum ‘Berehat’ Sementara Setelah 15 Tahun Berkarya

Kumpulan muzik terkenal Indonesia, Fourtwnty menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan mereka akan berehat sementara dari dunia seni hiburan.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Aku Tenang itu menulis kenyataan rasmi itu di mana mereka tidak terlibat untuk satu jangka masa yang lama dari sebarang acara atau konsert.

Advertisement

Kami secara rasmi memutuskan untuk berehat dalam segala acara panggung.

Kami keluarga internal Fourtwnty dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. Terima kasih selalu menapresiasi karya-karya kami.

Sekadar info, kumpulan pop folk itu mempunyai pengikut tersendiri di Malaysia.

Dibarisi pemain muzik berbakat iaitu Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika, Primanda Ridho dan Ryan Maulana, kumpulan itu terkenal dengan lagu-lagu seperti Zona Nyaman, Fana Merah Jambu, Nematomorpha dan juga Kusut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak sheila rusly saman wak doyok
2 days ago

Suami Elisya Sandha Saman Wak Doyok Lebih RM800K, Langgar Perjanjian Sewa Kenderaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...