Kumpulan Militan Abu Sayyaf Culik Empat Rakyat Malaysia Kerana Perlu Wang Segera – Profesor Filipina

Trending

Kumpulan Militan Abu Sayyaf Culik Empat Rakyat Malaysia Kerana Perlu Wang Segera – Profesor Filipina

Kumpulan militan Abu Sayyaf yang didakwa menculik empat orang rakyat Malaysia di perairan Sabah bermatlamat untuk mendapatkan wang secepat yang mungkin sebagai pertukaran membebaskan mangsa mereka.

AmHj7QnOyqwOX09NpacIUNrdMxT1zpD26o70tDBx9Td6

Advertisement

Akhbar harian tempatan The Star melaporkan hari ini Prof Octavio Dinampo, seorang aktivis anti-penculikan yang berpengkalan di Filipina mengulas mengenai status Facebook yang menunjukkan empat mangsa dalam gambar itu sebagai satu percaturan oleh penculik untuk mendorong keluarga mangsa membuat rundingan.

Dia berkata kumpulan Abu Sayyaf terbabit berada di Jolo, dalam wilayah Sulu Filipina memerlukan wang tunai segera  memandangkan anggota kumpulan mereka di Pulau Basilan telah bertembung dengan pasukan ketenteraan Filipina.

Keadaan semakin rumit buat anggota bersenjata ini, dan sebab itulah mereka cuba mendapatkan wang secepat yang mungkin.

Wilayah Sulu dan Pulau Tawi Tawi juga berhadapan dengan tekanan inflasi setelah Malaysia membekukan perdagangan barter tradisional pantai Timur Sabah dengan mereka dan juga negara jiran.

Dinampo dilaporkan berkata harga barangan asas seperti beras dan bahan api telah meningkat di sana disebabkan sekatan perdagangan barter, yang merupakan isyarat bahawa Malaysia tidak mahu  lagi untuk meneruskan ‘tawar-menawar’ dengan penculik-penculik itu.

Ini jelas apabila kerajaan Malaysia menghentikan semua perdagangan barter antara Sabah dengan selatan Filipina setelah mangsa culik Bernard Thien dipenggal November lepas dan juga penculikan empat lelaki pada 1 April lepas.

Menurut The Star, gambar Facebook empat mangsa culik rakyat Malaysia dimuat naik pada Khamis, dan salah seorang dari mereka memegang tanda bertulis ‘Victor Troy”, dan pada 8 April. Akaun Facebook ‘Victor Troy Poz’ dipercayai telah dibuat oleh anggota kumpulan militan Abu Sayyaf.

Pada 1 April, empat orang penduduk Sarawak, Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21 — diculik di perairan Pulau Ligitan Island Sabah. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...