Kumpulan Mafia Di Itali Cuba Raih Sokongan Penduduk Dengan Memberi Bantuan Makanan Kepada Masyarakat Miskin

COVID-19

Kumpulan Mafia Di Itali Cuba Raih Sokongan Penduduk Dengan Memberi Bantuan Makanan Kepada Masyarakat Miskin

Itali antara negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 selepas Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan mencatatkan 156,363 kes jangkitan setakat ini. Oleh kerana situasi yang semakin membimbangkan di Itali, rakyat mereka terpaksa menghadapi perintah berkurung di dalam tempoh yang lebih lama daripada perancangan asal.

Semua premis perniagaan dan restoran ditutup dan ianya telah menjejaskan ekonomi Itali apabila kebanyakan mereka semakin menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup. Di sebalik kegawatan ekonomi ini, kumpulan mafia di Itali telah tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

Namun di sebalik bantuan ini, penyiasat anti mafia memberitahu terdapat motif lain yang cuba diraih oleh kumpulan mafia ini. Roberto Saviano yang merupakan penulis anti-mafia memberitahu kumpulan ini mengagihkan bantuan kepada masyarakat miskin bagi meraih sokongan mereka selepas krisis pandemik ini tamat.

mafia itali

Malah, kumpulan mafia ini juga telah membatalkan faedah di dalam pinjaman mereka bagi menarik perhatian orang ramai membuat pinjaman bersama mereka. Taktik ini nampaknya digunakan bagi memperluaskan pengaruh mereka selain cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan masyarakat Itali.

Penyiasat anti mafia, Nicola Gratteri turut menyokong pandangan ini dan mengatakan ini adalah taktik lama yang digunakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai. Bantuan yang diberikan kepada penduduk ini akan membuatkan penerima berasa terhutang dengan mereka pada masa hadapan.

Berjuta-juta penduduk Itali kehilangan kerja mereka dan ini bermakna mereka tiada wang untuk hidup selama berbulan-bulan. Tidak ada siapa yang tahu bila mereka dapat bekerja semula. Jika pihak berwajib tidak membantu mereka, kumpulan mafia ini akan memenuhi keperluan hidup mereka dan seterusnya menguasai kehidupan mereka.

paderi

Pope Francis, ketua paderi di gereja katolik mengutuk tindakan kumpulan itu yang cuba menghasilkan wang di atas kesengsaraan orang lain. Tindakan kumpulan mafia itu adalah sesuatu yang membimbangkan kerana orang ramai begitu terdesak untuk meneruskan hidup. Pemberian bantuan daripada mereka pastinya membuatkan orang ramai tidak teragak-agak untuk menerimanya di dalam keadaan ini.

Susulan pemberian bantuan daripada kumpulan mafia ini, pihak berkuasa dilaporkan sedang memantau bantuan yang diberikan oleh mereka. Malah orang ramai dinasihatkan untuk tidak menerimanya namun kenyataan itu diselar oleh masyarakat miskin yang terdesak menunggu bantuan daripada kerajaan.

Artikel berkaitan: Apa Yang Menyebabkan Kematian COVID-19 Di Itali Semakin Meningkat?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...