November 25th, 2012

Penganjuran Shout Awards pada hari Jumaat lepas nampaknya dicemari dengan sikap tidak bermoral segelintir hadirin. 2 kumpulan Kpop iaitu Nu’est dan Vixx telah dijemput untuk memeriahkan lagi anugerah ini. Sayangnya layanan yang diterima oleh kumpulan ini sangat memalukan.

kpop

Mereka telah diboo, dibaling dengan kasut, botol dan kipas oleh segelintir pembenci Kpop. Ternyata mentaliti sesetengah rakyat Malaysia masih berada di tahap bawah. Tak perlu rasanya untuk berbuat demikian walaupun anda tidak menyukai Kpop.

shout awards

Abang Nara mendapat sepucuk email daripada seorang pembaca yang kecewa dengan sikap segelintir haters ini. Abang Nara kongsikannya untuk tatapan anda.

Just nak share something,notice x dkt twitter skang tgh trendding #malaysiasaysorrytivixxandnuest? smlm mase shout awards kt sunway surf beach rmai la kpop lovers yg dtg show support. I’m one of them. mmg rude giler kot haters, even x suke or x knal pon just listen and enjoy the music kan.lagipon free x payah nk boo~~ kn artis tu..sampai satu tahap diorg baling sampah atas stage. ktorg kt sane pon bole nampak sampah melayang layang ke pentas ,org kat rumah apatah lagi kn? Even sy pon x knal half drpada local artis yg buat performance smlm,just sit back n relax je la.cuba imagine Kalau Yuna ke Shila Amzah buat performance kt luar and received the same treat, org malaysia lagi la cepat naik angin. Bukan apa Gov sibok promote how ethic and behave Malaysian people kat org luar tp klu dh trending kt twitter, satu dunia tau kot. Just show some respect la, next time the organiser please do something to attract crowd.

kpop

Betul kan kata si pengirim email? Kalau orang negara lain bukan perkara yang sama ke penyanyi negara kita, tak ke sedih? Semoga tragedi sebegini tidak berulang lagi.

P.S: Ferrari milik Cristiano Ronaldo untuk dijual.

P.S: Kereta Hyundai Coupe daripada Korea untuk dijual. Murah bangat. Klik sini untuk info

hyundai coupe


203 responses to “Kumpulan Kpop Nu’est & Vixx Dilayan Teruk Oleh Segelintir Hadirin Shout Awards”

  1. Anonymous says:

    bunkface tu bukan yg mcm sampah ker? nyanyi live pun ke LAUT! ala cemburu la tu ko tak terkenal mcm artis korea kan? ade satu lagi group malam tu nyanyi kelangit right? lagi la ke laut terus satu word pun aku tak paham! diowg jaga adab dtg sini tau

  2. Anonymous says:

    i love you nu’est<3

  3. Bini Gajah Mada says:

    artis-artis kpop .. datanglah ke Borneo ( Sabah dan Sarawak ) , kompom teda yang baling sampah ..

  4. SITI MAIZURAH says:

    watch dis KPOP HATTERS!
    org melayu nyanyi kat Korea pkai baju melayu lgi.. xd plak korean people nak baling2 sampah bagai…
    sebaliknya dowg nyanyi same2, ayun tgn same2…
    HATTERS???? what have u done???
    *shame on U!!!!*
    p/s: kutip balik la brg yg kowg da baling, wat lapik muka! malu je!

Loading...