Kumpulan Kpop Gergasi Dari Korea Ini Adalah Pengguna Samsung Galaxy Note20, Ini Sebabnya…

Hiburan

Kumpulan Kpop Gergasi Dari Korea Ini Adalah Pengguna Samsung Galaxy Note20, Ini Sebabnya…

Popular di seluruh dunia, diminati jutaan peminat dan gaya serta fesyen yang sentiasa menjadi ikutan, rupa-rupanya kumpulan Kpop terhebat dari Korea ini turut memilih Samsung Galaxy Note20 sebagai telefon pintar mereka.

Advertisement

Yeahh, untuk makluman anda, kumpulan BTS yang dianggotai oleh 7 lelaki kacak ini turut mempunyai Samsung Galaxy Note20. BTS dan Note20 adalah satu gabungan sempurna kerana kedua-duanya menerajui industri masing-masing di seantero dunia.

Sudah pasti ada sesuatu yang istimewa tentang Samsung Galaxy Note20 sehingga menyebabkan Blackpink dan BTS memilih telefon pintar ini untuk kegunaan harian.

Setelah membuat sedikit kajian, kami meneka fungsi rakaman video Galaxy Note20 yang hebat, canggih dan terkini adalah sebabnya. Tak percaya? Jom kita tengok kehebatan fungsi ini:-

Rakaman video bertaraf filem

Dengan kehadiran 3 lensa kamera utama dan 1 lensa kamera selfie, Samsung Galaxy Note20 memberikan rakaman video dengan resolusi setinggi 8K (4x lebih tinggi daripada 4K UHD), sekaligus merakamkan segala-galanya dengan lebih jelas dan terperinci.

Pilihan “Pro Video”

Satu lagi kehebatan rakaman video menerusi Samsung Galaxy Note20 ialah kehadiran pilihan “Pro Video”. Anda boleh mengawal ISO, kelajuan shutter, menggunakan fokus secara manual dan macam-macam lagi pilihan.

Kalau nak nampak lebih dramatik, boleh pilih aspek ratio di antara 16:9 ataupun 21:9. Memang serius anda akan rasa seperti seorang pengarah filem berwibawa.

Satu jari untuk kawalan zoom

Pilihan “Pro Video” juga membolehkan anda mengawal “zoom” rakaman 8K tersebut dengan hanya 1 jari sahaja. “Zoom in” untuk aksi lebih dramatik dan “zoom out” untuk tunjukkan babak secara keseluruhan. Membuat video yang hebat memang makin mudah dengan Note20.

Aksi yang “real”

Sekiranya anda ingin merakamkan sesuatu babak secara lebih mendalam atau “slow motion”, jangan risau kerana Samsung Galaxy Note20 boleh melakukannya dengan mudah. Hanya perlu tetapkan rakaman video tersebut ke 120fps, pilih sama ada anda ingin perlahankan aksi tersebut. Apabila anda mainkan video itu semula, anda akan nampak kesan efek yang awesome. Sebijik macam filem The Matrix.

Tambah kedalaman dan “flair” dalam video anda

Sekiranya anda gemar melakukan vlog kehidupan seharian anda dengan memaparkan wajah, Samsung Galaxy Note20 mempunyai fungsi untuk mengubah latarbelakang anda dengan efek seperti Blur, Big Circle, Color Point dan Glitch. Barulah video anda lebih ceria dan menarik untuk ditonton.

Tiada lagi video “bergegar”

Andainya anda seorang yang gemar merakam aktiviti lasak anda, sudah pasti salah satu kerisauan ialah video yang tidak jelas dan asyik bergegar. Masalah ini tidak wujud dengan Samsung Galaxy Note20. Ini kerana telefon pintar ini mempunyai Advanced AI Super Steady Mode yang mampu menstabilkan rakaman video anda walau dalam apa jua keadaan. Hebat kan?

Hebat kan? Sebenarnya banyak lagi fungsi-fungsi rakaman video Samsung Galaxy Note20 yang pastinya akan memudahkan anda merakam video. Serius tak ada telefon pintar lain yang sehebat Note20 dalam bab ini. Anda boleh membaca dengan lebih mendalam kehebatan Note20 di SINI.

Anda pasti akan jatuh cinta.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...