Kumpulan Fun. Memang Mantap Dengan Lagu We Are Young

Hiburan

Kumpulan Fun. Memang Mantap Dengan Lagu We Are Young

Pertama kali Abang Nara mendengar nama kumpulan ini, Abang Nara berkata “Biar betik, takkan nie je kot”. Namun sememangnya nama kumpulan ini memang “Fun.”. Tak ada penambahan apa-apa. Kumpulan Fun. ini dianggotai oleh 3 jejaka kacak yang pastinya boleh mencairkan hati para wanita di luar sana.

fun

Advertisement

Namun kekacakan sahaja tiada gunanya sekiranya lagu tidak best. Dan ternyata kumpulan Fun. tidak menghampakan dengan single mereka yang bertajuk We Are Young. Lagu We Are Young ini berjaya menduduki tempat pertama di Billboard selama 6 minggu berturut-turut. Hebat kan?

Dan berita baik untuk peminat Fun. di Malaysia, kini Warner Music Malaysia telah membawa masuk kumpulan ini di bawah keluarga mereka. Jadi anda boleh mendapatkan album mereka di kedai-kedai muzik berhampiran atau pun mendownloadnya secara digital. Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan Fun., sila layari www.ournameisfun.com. Sambil-sambil itu berdoalah agar Warner Music berjaya membawa mereka turun ke Malaysia untuk membuat konsert.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...