Kumpulan wanita popular Dolla meluahkan hasrat untuk melakukan persembahan pentas di semua negeri termasuklah negeri serambi Mekah iaitu Kelantan.
Dolla yang ditemui media berkata, meskipun ada sesetengah orang menganggap kumpulan mereka membawa pengaruh buruk kerana sering berpenampilan seksi, namun jauh di sudut hati, Dolla hanya ingin berkarya dan memberi mesej positif kepada orang ramai.
Mereka yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru berjudul Look At This mengakui ada pernah melawat negeri Kelantan namun bukan atas kapasiti sebagai artis namun hanyalah bercuti semata-mata.
Salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli juga merupakan anak kelahiran negeri itu.
Menjadi impian kami untuk buat persembahan di seluruh Malaysia (termasuk Kelantan) sebab kami mahu orang tahu tentang kewujudan muzik kami.
Walau bagaimanapun, Dolla menegaskan bahawa mereka bukanlah berniat untuk ‘menjolok sarang tebuan’ namun hanya beraksi sebagai artis persembahan.
Dolla juga tidak akan memaksa setiap orang untuk menerima mereka dan akan menghormati keputusan orang.
Terdahulu, negeri Kelantan telah memperkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melarang persembahan oleh wanita di atas pentas, yang ditonton kaum lelaki.