January 21st, 2014

Akhirnya selepas 10 minggu, kumpulan Comey tersingkir jua. Secara jujur, Abang Nara tak sangka kumpulan Comey akan bertahan selama ini. Satu prestasi yang cukup membanggakan. Kadangkala memang lawak juga kumpulan Comey ini namun persembahan yang ditunjukkan tidak konsistem menyebabkan jumlah undian tidak mencukupi. Malah kumpulan-kumpulan lain juga menunjukkan prestasi yang sangat bagus pada minggu ke 10.

maharaja lawak mega 2013

Kini hanya tinggal Jambu, Shiro, Sepahtu, SYJ, Bocey dan Nabil untuk meneruskan perjuangan di MLM2013. Memang makin sengit. Kalau tak silap, hanya 4 peserta sahaja yang akan layak ke final. Kalau berdasarkan persembahan minggu-minggu lalu, bagi Abang Nara yang berada di dalam kedudukan bahaya adalah Nabil dan Jambu. Nabil sudah beberapa minggu tidak menunjukkan prestasi yang bagus sementara lawak Jambu pula sudah semakin basi.

maharaja lawak mega 2013

Kumpulan SYJ dan Bocey setiap minggu semakin mengejutkan orang ramai dengan persembahan bermutu daripada mereka. Sayangnya ketiadaan nama besar dan populariti sering menyaksikan mereka berada di kedudukan bawah di dalam senarai undian. Namun Abang Nara perasan yang pengundi sudah semakin bijak sekarang ini. Mereka tidak lagi mengundi mengikut populariti semata-mata. Kualiti lawak juga amat dipentingkan.

mlm2013

Yang confirm masuk final sudah tentu Sepahtu. Setelah gagal menyerlah di awal-awal minggu, lawak Sepahtu minggu lepas memang terbaik. Siapakah 3 lagi peserta yang bakal mengiringi Sepahtu ke akhir? Sama-samalah kita nantikan.


Comments are closed.

Loading...