Pengganas bersenjata Abu Sayyaf nampaknya mahukan RM 5 juta untuk membebaskan Zakiah Aleip, konstabel polis marin yang diculik dari Semporna pada 12 Julai lepas.
Kons Zakiah, 26, dibawa pergi oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina dari pulau Mabul manakala rakannya Kpl Ab Rajah Jamuan, 32, ditembak mati dalam satu serang hendap di sebuah resort.
Komisioner Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menolak untuk mendedahkan amaun yang diminta namun mengatakan rundingan untuk membebaskan Zakiah mungkin mengambil masa yang lama memandangkan amaun yang diminta terlalu tinggi.
Dia memberitahu isteri Zakiah dan anggota polis yang lain menerima sejumlah 42 panggilan telefon sama ada dari Zakiah atau dari lelaki-lelaki bersenjata tersebut.
Mereka juga memberi dia (Zakiah) peluang untuk bercakap dengan isteri dan ahli keluarganya, selalunya pada waktu tengahari dan malam. Katanya:
Ia akan mengambil masa kerana jumlah yang diminta terlalu tinggi.
Jalaluddin menambah bahawa Zakiah tidak dicederakan bagaimanapun lokasinya sering dipindahkan oleh penculik untuk mengelak dari ditahan oleh pasukan polis Filipina.
Jalaluddin juga memberitahu yang dia telah berbincang dengan Ketua Polis Negara mengenai permintaan Chin Pek Nyen, isteri kepada Chan Sai Chuin, 32, untuk membantu mendapatkan semula suaminya yang diculik dari ladang penternakan ikan miliknya di Kunak pada 16 Jun.
Adalah dipercayai kumpulan Abu Sayyaf yang menculik Chan meminta tebusan berjumlah RM 3 juta.
Laporan asal: The Star