Meskipun sebelum ini teruk dikecam netizen selepas berani tampil menyuarakan pendapat terhadap golongan selebrtiti yang dikhabarkan wajar diberi bantuan khusus oleh kerajaan, pelawak dan usahawan terkemuka Malaysia, Shuib Sepahtu seakan mahu menebus semula kesilapannya itu dengan menubuhkan Yayasan Bubble Bee bagi membantu golongan susah dan memerlukan.
Menurut Shuib, idea itu tercetus ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Malah mengakui sebahagian besar daripada hasil perniagaannya akan disalurkan ke yayasan berkenaan mengikut objektif yang telah dilaksanakan.
“Kiranya, aktiviti bantuan ini akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.”
Tambah Shuib, antara angkah yang akan dilakukan bagi mengumpul dana untuk yayasan berkenaan adalah dengan mengambil lebihan duit baki pelanggan yang dimasukkan ke dalam tabung yang tersedia di kedai minumannya.
Dalam pada itu, Shuib menegaskan setiap cawangan dan cawangan kerjasama yang dibuka harus melakukan perkara yang sama. ia bertujuan menggalakan lebih ramai menderma sekali gus mampu merealisasikan perancangan mereka untuk membuat program kebajikan masyarakat (CSR) pada setiap bulan.
“Walaupun jumlah disumbangkan tak banyak, tapi kalau berterusan ia pasti bermanfaat dan membantu.”
Ujarnya lagi, sehingga kini perkara itu turut disambut baik oleh rakan kerjasama yang membuka cawangan perniagaannya. Malah langsung tidak membantah dan tetap bersetuju kerana pekara mulia tersebut bakal dihitung menjadi saham akhirat untuk diri mereka.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila sesi temuduga yang dibuka oleh syarikatnya mendapat sambutan luar biasa sehingga mencecah 300 individu hadir untuk mencuba nasib.
Bagaimanapun, menurut Shuib hanya sekitar 100 orang sahaja yang akan diterima menjadi sebahagian daripada pekerja di bawah syarikatnya.
Untuk rekod, Shuib bakal membuka enam lagi cawangan Bubble Bee dan menyasarkan 28 cawangan perniagaan minuman itu dibuka sehingga penghujung tahun ini.
Sumber: Harian Metro