Kumpul RM286,000 Sebulan, Seorang Pengemis “Professional” Ditahan

Trending

Kumpul RM286,000 Sebulan, Seorang Pengemis “Professional” Ditahan

Beggar__1395052962_86.96.226.7-1

Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai kerana dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM286,000) sebulan hanya dengan mengemis.

Advertisement

Ketua Bahagian Pasaran majlis tersebut, Faisal Al Badiawi menerusi satu kenyataan berkata lelaki itu ditahan berikutan kempen membasmi pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Dilaporkan, seramai 59 pengemis profession ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama polis.

Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya juga, seorang daripada mereka ditahan bersama wang lebih Dh270,000 hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

Mengikut pengiraan kami, dia memperolehi hampir Dh,9,000 (RM9,500) sehari atau Dh1,500 (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Faisal lagi, kempen itu akan diteruskan lebih-lebih lagi ketika Ramadan bagi membersihkan imej negara itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...