Kumpul Di Rumah Rakan Sebab Nak Sambut Hari Jadi, 8 Remaja Dikompaun

Trending

Kumpul Di Rumah Rakan Sebab Nak Sambut Hari Jadi, 8 Remaja Dikompaun

Akibat berkumpul di rumah rakan untuk sambut hari lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapan remaja termasuk dua wanita berusia 18 hingga 20 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Cempaka Ipoh, semalam.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, serbuan di rumah sewa pada jam 2.15 pagi itu dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

Advertisement

Sumber : JAIPk

Asisten Komisioner Yahaya Hassan selaku Ketua Polis Ipoh berkata tangkapan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) pindaan 2021 kerana berkumpul tanpa tujuan.

Pasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Ipoh dilaporkan mengeluarkan kompaun RM 5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Sumber : JAPIk

Menerusi status yang dimuat naik oleh JAIPk di laman Facebook, kesemua remaja berkenaan ditahan atas kesalahan berkhalwat kerana mereka didapati tiada hubungan mahram antara satu sama lain.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...