Mencuci telekung wakaf di surau yang terletak di pusat beli-belah dan kawasan rehat dan rawat (R&R), berdekatan kediamannya, pelakon veteran Mak Jah akui rindu melakukan kerja amal yang sering dilakukannya dahulu.
Menurut Mak Jah, dia langsung tidak berpeluang melaksanakan kerja berkenaan apabila terpaksa duduk di rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 lalu.
Tambah Mak Jah, beliau amat berbesar hati apabila kerajaan memberi sedikit kelonggaran kepada rakyat Malaysia melakukan aktiviti harian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah bermula pada 10 Jun lalu hingga 31 Ogos depan.
Bagaimanapun, situasi itu bagai tidak menyebelahi dirinya apabila Mak Jah difahamkan tidak sihat dan tidak boleh banyak berjalan.
“Sekarang saya cepat sakit punggung apabila banyak berjalan. Jadi, anak-anak tak benarkan saya memandu kereta untuk ke mana- mana lagi.”
Mak Jah juga diminta berehat sepenuh di rumah namun tetap tegas meminta anak-anaknya membawa balik telekung supaya boleh dicucinya di rumah.
Dalam pada itu, usaha itu dilakukan Mak Jah adalah untuk mengumpul pahala sebagai bekalan akhirat kelak. Malah akui pernah lalai di usia muda kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Terdahulu, Mak Jah dikhabarkan gagal menebus barang kemas miliknya bagi menampung kos rawatan kanser rahim tahap satu yang dihidapinya sekitar tiga tahun lalu. Namun tetap bersyukur kesihatannya semakin baik dan sentiasa mengikuti rawatan pemeriksaan berkala di hospital yang ditetapkan.
Sumber: Harian Metro