Jika anda seorang yang gemar membeli belah di aplikasi TikTok, pasti pernah tertengok penjual menjual biji emas seringan 0.001 gram serengah RM5 hingga RM10.
Dengan nilai harga serendah itu, pastinya ada yang membeli dengan alasan untuk membuat pelaburan emas mahupun sekadar simpanan untuk waktu sesak kelak.
Namun, perkongsian seorang individu ini telah mendedahkan realiti sebenar di sebalik harga emas yang murah yang sebenarnya merugikan pengguna.
Dalam hantaran video tersebut, wanita itu telah berkunjung ke kedai emas untuk memajak biji emas namun tidak diterima.
Malah menurut pemilik kedai emas, jika seseorang itu mengumpul sehingga 1kg biji emas pun, mereka tidak akan membelinya.
Ini kerana biji emas sangat kecil dan tidak dapat dilakukan ujian ketulenan seperti kebiasaannya, meskipun ia didatangkan kad yang dikumpulkan sekaligus.
Malah, jika anda membeli RM10 untuk harga 0.001 gram, anda telah membelanjakan RM1,000 demi 1 gram semata-mata. Rugi kan?
Perkongsian tersebut ternyata telah membuka mata ramai netizen dan dapat dianggap sebagai peringatan untuk mempelajari terlebih dahulu selok-belok pelaburan emas sebelum membelinya agar tidak rugi di kemudian hari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.