Penyanyi rap dan komposer terkenal, Malique semalam mengejutkan peminat apabila dia muncul di Instagram secara rasmi menggunakan nama Malique Ibrahim Qarma.
Hanya dalam tempoh dua hari, bekas kumpulan rap Too Phat itu telah mengumpul jumlah pengikut hampir 64,000 orang.
Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim,48, walau bagaimanapun tidak memuat naik foto dirinya sendiri sebaliknya hanya memuat naik foto percutian, studio rakamannya serta rakan-rakan selebriti yang lain seperti Amir Jahari dan Zizan Razak.
Pastinya ditunggu-tunggu, Malique juga tidak meletakkan sebarang kapsyen di setiap foto dan pastinya peminat menjangkakan penyanyi yang terkenal dengan imej ‘privasi’ itu bakal muncul dengan projek yang terbaru.
Mengimbas kembali, Malique bersama Joe Flizzow mewarnai industri seni hiburan apabila mereka berdua tampil sebagai kumpulan rap berpengaruh di Malaysia dan juga antarabangsa.
Namun, pada tahun 2007, Malique mengumumkan bahawa dia ingin membuat haluan sendiri dan semenjak itu, dia tidak pernah muncul di mana-mana platform media.
Namun begitu, Malique masih aktif di belakang tabir dengan menghasilkan lagu-lagu popular. Dia juga muncul dengan lagu terbaru berjudul Sedih Hati yang turut menampilkan anak perempuannya, Inca Medina dalam video muzik single berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.