Kulit Terlalu Berminyak Jadi “Problem” Besar Kat Korang? Hindari 5 Makanan Ini!

Trending

Kulit Terlalu Berminyak Jadi “Problem” Besar Kat Korang? Hindari 5 Makanan Ini!

skin care“Eh muka kau berminyak gila. Ni kalau masak telur pun boleh.”

Siapa pernah kena bahan sampai macam ni dek kerana kulit wajah berminyak? Terasa dan sakit hati kot! Nak marah pun tak jadi sebab fikir member.

Advertisement

Orang lain ingatkan muka anda tu glowing, tapi tak tahu tu sebenarnya berminyak. Lebih sakit hati, kulit berminyak buatkan jerawat bermaharajalela.

Haa…kalau nak kan kulit bebas dari minyak, cuba perhatikan cara pemakanan anda. Mungkin ada makanan yang anda perlu hindari.

1. Makanan berminyak

Makanan berminyak akan memburukkan keadaan kulit berminyak anda dan mendorong kelenjar kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.

2. Daging merah

Daging merah kaya dengan lemak trans yang memperbanyakkan rembesan minyak pada kulit. Cuba hadkan pengambilan daging merah dan gantikan dengan ayam atau ikan.

3. Produk tenusu

Susu dan produk bersusu juga meningkatkan risiko kulit berminyak. Produk susu menyebabkan hormon menyumbat pori-pori dan buatkan kulit lebih berminyak.

4. Makanan & minuman manis

Siapa yang suka minum dan makan benda manis-manis? Makanan manis akan mengubah kadar glukos darah dan menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan.

5. Makanan kaya karbohidrat

Hah..makanan karbohidrat pun boleh jadi punca? Ya, makanan ini mempunyai indeks glycemic yang tinggi dan cenderung untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.