“Eh muka kau berminyak gila. Ni kalau masak telur pun boleh.”
Siapa pernah kena bahan sampai macam ni dek kerana kulit wajah berminyak? Terasa dan sakit hati kot! Nak marah pun tak jadi sebab fikir member.
Orang lain ingatkan muka anda tu glowing, tapi tak tahu tu sebenarnya berminyak. Lebih sakit hati, kulit berminyak buatkan jerawat bermaharajalela.
Haa…kalau nak kan kulit bebas dari minyak, cuba perhatikan cara pemakanan anda. Mungkin ada makanan yang anda perlu hindari.
1. Makanan berminyak
Makanan berminyak akan memburukkan keadaan kulit berminyak anda dan mendorong kelenjar kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.
2. Daging merah
Daging merah kaya dengan lemak trans yang memperbanyakkan rembesan minyak pada kulit. Cuba hadkan pengambilan daging merah dan gantikan dengan ayam atau ikan.
3. Produk tenusu
Susu dan produk bersusu juga meningkatkan risiko kulit berminyak. Produk susu menyebabkan hormon menyumbat pori-pori dan buatkan kulit lebih berminyak.
4. Makanan & minuman manis
Siapa yang suka minum dan makan benda manis-manis? Makanan manis akan mengubah kadar glukos darah dan menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan.
5. Makanan kaya karbohidrat
Hah..makanan karbohidrat pun boleh jadi punca? Ya, makanan ini mempunyai indeks glycemic yang tinggi dan cenderung untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit.