Kulit Terbakar Gara-gara Guna Produk Online Tanpa Kelulusan KKM

Trending

Kulit Terbakar Gara-gara Guna Produk Online Tanpa Kelulusan KKM

Seorang pengguna Facebook, Sabram Omar telah memuat naik satu status beserta tiga gambar di akaun Facebooknya mengenai seorang gadis yang terbakar kulit wajah kerana memakai produk gel yang dibeli secara online.

aloeveraanNetizen mengesyaki gel tersebut yang merupakan jenama gel aloe vera tersohor Nature Republic dari Korea Selatan ialah jenis palsu atau tiruan.

Advertisement


Gadis ini dikatakan memasuki wad kecemasan sebuah hospital universiti kerana produk gel tersebut yang tidak mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2
3

15698364_10207952770286810_5959093868205024245_n

Apa yang perlu diketahui, laman Facebook rasmi Nature Republic pernah mengumumkan sebelum ini sebarang gel aloe vera yang dibeli secara online bukan original atau yang asli, termasuk yang dijual di laman beli belah online ternama. Gel Aloe Vera 92% yang asli hanya dijual di kedai atau outlet Nature Republic sahaja dan ia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang menggunakan sebarang produk menggunakan bungkusan Nature Republic yang dibeli secara online.

Dalam satu status Facebook yang dimuat naik 4 November lepas, Nature Republic Malaysia menulis;

“Nature Republic Malaysia tidak pernah memberi kebenaran rasmi kepada mana-mana gedung atau kedai online untuk menjual produk Nature Republic. Mereka yang membeli produk Nature Republic secara online terdedah kepada produk tiruan dan menyalahi udang-undang. Beli online atas risiko sendiri!”

Sebelum ini, produk Nature Republic yang diketahui palsu ialah dengan label 98%, tetapi mungkin pengeluar produk tiruan menyedari bahawa orang ramai telah mengetahui bahawa label 98% ialah versi palsu. Ini menyebabkan mereka mengubah label kepada 92%, sama saja seperti yang asli. Bagaimanapun, terdapat ciri-ciri lain yang membezakan tiruan dan asli.

Justeru orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan sebarang jenis produk kecantikan online yang kebanyakannya diimport dari China, Thailand dan Indonesia. Ia sama ada diberi penjenamaan semula atau dijual tanpa kelulusan KKM. Sayangi kulit anda. -amazingnara.com

Sumber: Sabram Omar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...