Sebut je oat, kebanyakan kita terbayang makanan sihat yang menjadi pilihan untuk mereka yang sedang menjaga diet. Tapi bukan sekadar baik dari segi khasiat pemakanan, oat juga bermanfaat untuk mereka bermasalah kulit. Kalau dulu ada yang terpaksa membancuh oat untuk disapu pada muka atau badan sebagai mask untuk nikmati khasiatnya, kini tidak perlu lagi! Produk penjagaan diri yang dirumus khas dengan kebaikan oat boleh didapati di pasaran.
Bagi mereka dengan kulit kering, mencari penjagaan diri yang sesuai untuk elak kulit gatal-gatal atau paling teruk terluka bila kerap digaru adalah satu cabaran. Kini, produk penjagaan diri dari AVEENO mungkin penyelesaian dicari-cari.
Rangkaian penjagaan AVEENO terbukti secara klinikal untuk melegakan kulit kering dan gatal dalam masa sehari je*. Dalam kajian klinikal dibuat, 70% subjek mengalami perubahan keadaan kulit selepas menggunakan produk ini.
Semuanya kerana kebaikan oat kepada kulit yang boleh merawat dan mengelakkan keradangan di masa depan. Oat adalah probiotik semulajadi yang bermanfaat untuk menghasilkan microbiome kulit yang sihat dan kuat.
Oat mempunyai 8 kebaikan utama antaranya melembapkan, anti-radang, membersihkan dengan lembut, antioksidan, menstabilkan pH, anti-pruritic, mengandungi prebiotik dan membina lapisan pertahanan kulit (barrier protection).
Untuk merawat kulit kering dan sensitif, rangkaian produk AVEENO terdiri dari mandian badan dan losyen. Rangkaian AVEENO Skin Relief Body Wash dan Lotion diformulasikan dengan Prebiotic Triple Oat Complex bersama minyak oat serta shea butter. Bayangkan kebaikan setiap bahan bergabung untuk melegakan kulit teramat kering dan membekalkan kelembapan selama 24 jam.
Bagi mereka yang berkulit normal hinggalah kulit kering, rangkaian AVEENO Daily Moisturizing Body Wash & Lotion adalah jawapannya. Rangkaian ini diformulakan dengan Colloidal Oatmeal yang semua orang tahu dapat menenangkan kulit selain diadun minyak semulajadi bagi menggantikan kelembapan kulit yang hilang setiap hari. Hasilnya, kulit lebih lembut, mulus dan sihat!
Bukan orang dewasa sahaja yang bermasalah dengan kulit kering dan sensitif, malahan lebih teruk jika bayi pun turut mengalami masalah sama. Jangan risau lagi sebabnya, AVEENO turut menyediakan rangkaian AVEENO Baby.
Untuk bayi, AVEENO Baby merumuskan bahan semulajadi berkualiti seperti oat yang melegakan dan melindungi kulit yang lebih halus. Tak perlu risau lagi mengenai kandungan bahan kerana setiap produk diformulasikan untuk melindungi kulit si comel.
Rangkaian AVEENO Baby Wash & Shampoo serta Lotion dicipta untuk bayi dengan kulit kering. Tanpa haruman dan tidak berminyak, rangkaian produk ini akan mengelakkan kulit bayi anda dari merekah dan tidak selesa. Gunakan untuk kelembapan setiap hari untuk kulit bayi kekal lembut dan sihat.
Risaunya bila kulit si comel terlebih sensitif, kering dan mudah rengsa kan? Mujurlah ada rangkaian AVEENO Dermexa yang dicadangkan oleh pakar kanak-kanak. Rangkaian ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kegatalan dan iritasi akibat kulit terlebih kering. Sekali lagi, Colloidal Oatmeal membantu melindungi dan menguatkan penghadang kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan.
Dapatkan rangkaian lengkap AVEENO dan AVEENO Baby di kedai Watsons atau lebih mudah di Watsons online untuk pengalaman membeli lebih menjimatkan masa dan selamat. Dapatkan rangkaian penjagaan badan AVEENO anda hari ini. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti AVEENO di Facebook, Instagram, Youtube dan laman web rasmi mereka.