“Kulit Muka Dah Setebal Simen!” Michael Ang Melahar Lagi, Berang Sikap Individu Tak Tahu Adab

Hiburan

“Kulit Muka Dah Setebal Simen!” Michael Ang Melahar Lagi, Berang Sikap Individu Tak Tahu Adab

Pengarah drama tempatan terkenal, Michael Ang kembali dengan hantaran laharannya di mana dia telah meluahkan rasa berang dengan sikap pekerja yang biadab terhadap majikan serta tidak melakukan tugas dengan sebaiknya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Tidak lagi mampu menahan rasa geram, Michael menerusi entri Instagramnnya itu turut mengatakan bahawa individu tersebut tidak reti bersyukur dengan rezeki yang diberikan malah turut menuding jari kepada pihak lain.

Ujar Michael lagi, sesuatu pekerjaan yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan sebaiknya dan bukan untuk untuk bersikap sambil lewa dan biadab dengan majikan.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Salam semua. Posting meroyan! Tapi ini memang perangai pekerja sekarang! Sila cermin and baiki la diri tu ya. Dalam dunia ni tak ada orang berhutang untuk bagi rezeki kat awak!” ujarnya di bahagian kapsyen.

Meskipun kurang pasti hantaran itu ditujukan kepada siapa, Michael Ang dalam pada itu berharap agar individu terbabit untuk memperbaiki diri supaya tahu bersyukur atas rezeki yang diberikan.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial pengarah drama Marry Me Senorita ini bersetuju dengan luahan perasaan Michael Ang dan beranggapan bahawa mereka yang mempunyai sikap seperti ini tidak akan maju kerana tidak pernah bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...