Siapa yang ada masalah kulit sensitif, mesti anda dah pernah cuba pelbagai jenis produk kecantikan untuk merawat masalah kulit tersebut betul tak?
Tak salah mencuba, tapi anda tahu tak, kalau pakai terlalu banyak produk kecantikan dan bertukar-tukar, ia akan membuatkan kulit anda menjadi lebih sensitif. Seriuslah?
Itulah pentingnya kaji terlebih dahulu masalah kulit anda dan pilih produk yang sesuai dengan wajah.
Haa, dah alang-alang cakap pasal pilih produk yang betul ni, jom kami share dengan anda satu rangkaian kecantikan khas untuk anda yang mempunyai masalah kulit yang sensitif iaitu Hada Labo+ Sensitive Hydrating. Pergh… Jenama trusted ni.
Kulit Lebih Segar Dengan Hada Labo+ Sensitive Hydrating
Bila cakap pasal kulit sensitif, antara perkara yang menjadi kebimbangan mestilah kulit terasa panas dan pedih selepas menggunakan produk kecantikan betul tak?
Kalau anda nak tahu, rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating ni dirumus dengan formula perlindungan yang dapat menenangkan, menguatkan dan memulihkan keseimbangan kulit dari dalam tau.
Dengan bahan seperti Lecithin, Squalene dan Shea Butter, rangkaian ini selamat untuk digunakan pada kulit sensitif sebab ia dapat melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar serta tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Bukan itu saja, ia juga mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang dapat membantu melicinkan, melembutkan serta menguatkan dan memperbaiki penghalang kulit anda tau. Barulah kulit jadi lebih anjal!
Anda yang kulit sensitif tu, memang wajib gunakan rangkaian baru Hada Labo ini sebab dengan kandungan Alpha Bisabolol dan Gingerol, ia bukan saja dapat menenangkan kulit, malah dapat meredakan rasa rengsa dan kemerahan pada kulit. Bestnya!
Paling penting, ia juga dapat meresap jauh ke dalam kulit untuk menghidrat dan memulihkan kelembapan kulit secara intensif dengan Hyaluronic Acid.
Menarik dengan rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Skin ni, ia lengkap dengan satu set khas untuk rutin penjagaan kulit tau. Jom kita tengok!
Langkah Pertama: Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Wash
Macam biasa, mulakan rutin penjagaan kulit dengan mencuci muka.
Apa yang best menggunakan Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Wash ni ia dirumus dengan agen khas bebas sabun, so bila anda cuci muka tak banyak buih yang dihasilkan.
Tapi, kalau tak ada buih, boleh buang ke kotoran pada kulit?
Jawapannya boleh!
Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Wash dapat menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan kulit. Paling penting, ia tidak akan biarkan kulit kita kering tau! Bestnya!
Langkah Kedua: Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Lotion
Lepas dah cuci muka, perkara wajib buat terutama untuk anda yang ada masalah kulit sensitif adalah pakai losen.
Dengan Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Lotion ni, anda tak perlu risau lagi kalau terasa pedih bila sapu losen sebab ia mempunyai tekstur yang sangat lembap dan sejuk tau.
Bukan itu saja, ia juga dapat menyerap lebih pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak serta dapat memberikan penghidratan dan kelegaan pada kulit. Menarik!
Kalau anda nak tahu, disebabkan formula perlindungan tiga kali ganda yang ada pada losen ni, ia dapat membantu menguatkan pertahanan pada kulit secara semula jadi tau. Jadi, losen memang sesuai untuk kulit sensitif!
Langkah Ketiga: Hada Labo+ Sensitive Cica Relief Restoring Essence(BARU)
Untuk kesan efektif bagi mendapatkan kulit yang sihat, anda wajib pakai Hada Labo+ Senstive Cica Relief Restoring Essence ni. Haa, yang ni keluaran terbaru tau!
Apa yang best dengan essence ni adalah ia mempunyai tekstur yang sangat lembut yang dapat memudahkan penyerapan pada kulit. Jadi, kulit anda akan bertambah lembut dan licin.
Siapa yang ada masalah kemerahan, kekeringan, kulit tegang dan kasar, memang wajib pakai essence ni sebab ia dapat memberikan kelegaan serta perlindungan yang optimum pada kulit tau. Lepas pakai, kulit terus terasa lembap dan sangat selesa!
Untuk pengetahuan, essence keluaran terbaru Hada Labo ni mengandungi ekstrak Centella Asiatica aktif yang dapat memulihkan dan meredakan kerengsaan pada kulit tau. Sebab tu lepas pakai terus rasa lega je kulit!
Langkah 4: Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Cream
Akhir sekali, habiskan rutin penjagaan kulit anda dengan Hada Labo+ Sensitve Skin Hydrating Cream.
Kalau anda alami masalah seperti kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang sensitif, anda sapu je cream Hada Labo ni sebab ia dapat meredakan kemerahan serta menguatkan dan memperbaiki pertahanan kulit anda.
Paling best, anda tak akan rasa kulit seakan terbakar apabila pakai cream ni sebab ia diformulasi khas untuk melembapkan dan memberikan penghidratan yang maksimum pada kulit. Krim yang macam ni lah patut dipakai untuk anda yang ada masalah kulit sensitif!
Untuk pengetahuan, Hada Labo+ Sensitive Hydrating Cream ni telah diuji dan disahkan oleh organisasi pihak ketiga, dan sangat disyorkan untuk menggunakan keseluruhan rangkaiannya
*kesannya mungkin berbeza untuk setiap orang.
Kulit Kini Lebih Sihat Dengan Hada Labo
Haa, sekarang anda dah tahu kan rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating ni memang sesuai untuk kulit sensitif. Bukan saja dapat memberi kelembapan, malah dapat melegakan kulit tau. Itu yang tak ada pada produk lain!
Jadi, kalau anda berminat dengan rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating ni, anda boleh dapatkan di semua cawangan Watsons berdekatan atau klik saja DI SINI.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hada Labo Malaysia, atau ikuti sosial media di Facebook dan Instagram.